Rabu, 26 Oktober 2011

Destiny, Nasib, Corak Masyarakat

Mengapakah ‘destiny’ sejarah organisasi sebuah masyarakat itu sedemikian rupa dan apakah faktor-faktor yang menentukan sifatnya

Kajian Demolin

-          Demolin mengkaji penduduk steppes Asia tengah dan Eropah timur(analisis tempat)
-          Hasil utama tempat adalah rumput: menentukan ‘labor’ penternakan

Masyarakat Diperkuda Kan

-          Kepentingan kuda untuk penternakan: duka diadaptasi steppes kepada manusia; tampa kuda kehidupan corak penternakan adalah mustahil
-          Kuda untuk kenderaan dan cuba makanan ‘susu kuda’ atau ‘kourmis’ (senang dibuat, sedap dan berkhasiat penuh)

Hidup Berasas ‘Rumput Dan Kuda’

-          Justeru dapat hidup dengan Cuma mengumpul anugerah alam tampa keperluan ‘bercucuk tanam’ atau ‘mengusahakan’ keperluan hidup dengan bersusah payah.

Steppes Dan Kesan

-          Pemikiran perusahaan tidak wajib secara gigih dan terbaik kepada beberapa objek makanan, perlindungan, kesihatan, dan riadah. Sifat kuda ini dan mutunya juga telah ditentukan oleh steppes

Penentuan Menyeluruh

-          Teknik fabrication (labor) menghasilkannya juga ditentukan oleh steppes. Kesemua mudah dan dapat dikendalikan keluarga dengan sendiri, makanan, tempat tinggal (khemah), perabot, pakaian, semua diusahakan dalam lingkungan keluarga. Riadah juga, juga membikin senjata untuk mempertahankan diri

Steppes Membentuk Masyarakat

-          Generalisasi: the steppes menentukan sifat buruh dan perusahaan dan mencorakkannya berbentuk perusahaan dalaman masyarakat-keluarga

Steppes Mencoraki Harta

-          Tiada sebab untuk memiliki tanah, yang lebih penting ‘laluan bebas’ dan ‘emigrasi bebas’ seluruh steppes, dari memiliki tanah. Kerana rumput percuma, banyak dan ia tidak perlu ditanam, ia mesti percuma bagi semua(ini asalnya institusi hak milik peribadi atau perseorangan)

Asal Usul ‘Komunis’?

-          Steppes membentuk konsep ‘milik bersama’ (lihat steppes, labor, harta, milik bersama). Juga jenis keluarga. Jenis patriarchal, di mana ‘patriarch’ berkuasa sepenuhnya atas setiap anggota keluarga. Patriarch menentukan ‘milik bersama’ atas semua benda kecuali yang penting. Generalisasi: justeru keluarga berjenis ‘kebapaan’ itu dibentuk oleh steppes

Cabaran: Kuat Tapi Sementara

-          Cabaran mampu menjadi bala tentera yang pantas. Cabaran berkuasa tetapi bersifat kurang mantap dan tidak dapat mendirikan empayar yang kekal lama. Bila ketua yang berkarisma mati, tenteranya akan hancur sama.

Bentuk Dan Sifat Keluarga ‘Kebapaan’

-          Kerana semuanya ‘bersama’, seseorang individu Cuma seperti ‘satu-sel’ dalam komuniti masyarakat dan keluarga bertindak sebagai satu dalam semua bentuk urusan, adalah biasa dalam susunan keluarga yang sedemikian membantutkan inisiatif perseorangan anak-anak dan melatih mereka supaya jangan berdiri tetapi bergantung pada keluarga, tradisi dan adat yang diwarisi turun-temurun

Keluarga: ‘Kita’ Bukan ‘Aku’

-          Anak-anak dari keluarga sedemikian lazimnya konservatif; pemerhatian mereka tertumpu pada yang lepas, bukan pada masa depan; mereka dipandu sepenuhnya oleh adat da kebiasaan bapa atau nenek moyang mereka dan bukan atas inisiatif mereka sendiri

Batasan ‘Saiz’ Unit; Kes Melayu?

-          Kemampuan keluarga steppes itu berdikari, membuat tanda keperluan bersatu atau memasuki kumpulan sosial, politik atau ekonomi yang lebih besar dari keluarga. Tiada terdapat negara(state) atau pemerintah(government) yang kekal

Rumusan: Hubung Kait (Causal Connection)

-          Steppes mencoraki cara berternak yang diamalkan oleh penghuninya, komunisme buruh dan harta benda, keluarga bersifat patriarchal, corak perusahaan, pembikinan, perdagangan yang terbatas, corak kesenian, kultus umum, pihak berkuasa dan sebagainya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan