Isnin, 24 Oktober 2011

Sambungan Pareto


Pengaruh residue ada buruk baiknya bagi masyarakat. Ada kebenaran memusnahkan, manakala yang tidak benar mengimbangkan.

Ukuran positif dan negatif bermakna dari segi moral. Baik atau tidak baik dalam kajian terhadap residue itu.
Pareto mengkaji apa faktor-faktor yang mengimbangi masyarakat.

Baik sesuatu perkara itu dapat mengimbangkan masyarakat. Buruk pula perkara yang meruntuhkan masyarakat.

Terdapat derivative yang palsu, tidak benar, tahyul. Tetapi ia mengukuhkan keseimbangan sesebuah masyarakat.

Banyak mitos-mitos yang palsu. Tetapi ia mengukuhkan masyarakat. Contoh; raja itu wakil atau penjelmaan tuhan. Itu merupakan perkara yang tidak benar, tetapi ia mempunyai kesan positif seperti mendatangkan kestabilan dan kemantapan dalam masyarakat. Dalam politik; bukan mereka yang bercakap benar sahaja yang berjaya. Manakala mereka yang membohong, pandai memutar belit dapat juga menyatukan masyarakat.
 
Jika kita tinjau kepada kepercayaan semangat. Pokok, dan batu mempunyai penunggu. Ia tidak masuk akal jika dibandingkan dengan kepercayaan sains. Tetapi ia ada berperanan yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat. Contoh; kepercayaan kepada alam yang mempunyai semangat, ia mendorong manusia menghormati alam. Ia tidak akan sesuka hati misalnya menebang pokok, menghapuskan hutan belantara. Hal ini sesuatu yang tidak betul jika dinilai dari segi derivative, tetapi bermanfaat kepada masyarakat.

Dalam bahasa Inggeris ada konsep ‘white lie’ atau ‘tipu sunat’. Ada dalam kehidupan ini perkara ini perlu dilakukan jika bercakap benar itu membawa kesan negatif kepada masyarakat.
Derivative yang palsu itu lebih baik kepada masyarakat daripada derivative yang benar.

Panduan Residue Mencoraki Masyarakat

Yang kuat residue kombinasi kuat dalam sains dan ilmu, tetapi tidak mantap atau stabil.
Pada rumusan Pareto, masyarakat yang kuat, lebih kuat bersendikan kepada ‘residue kombinasi’. Kuat dalam sains dan teknologi. Lebih pintar, kreatif, tajam berfikir. Tetapi hasil kecurangan itu membawa kepada masyarakat tidak mantap atau stabil.

Kekuatan Residue Aggregate

Tidak unggul dalam bidang ilmu, sains. Kerana ia bersifat konservatif, iaitu bersifat mengekalkan sesuatu perkara. Hal ini boleh dilihat kepada penumpuan berpegang pada adat dan tradisi. Ia tidak mahu melakukan perkara yang baru, tetapi hanya mengikut apa sahaja yang sebelum ini dilakukan. Mempertahankan apa yang ada sahaja. Bergantung pada yang lepas sahaja.

Faktor-Faktor Lain Mengimbang Masyarakat

-          Kepentingan ekonomi – hakikat
-          Kompleks ekonomi tidak dapat dijelaskan faktor ekonomi, perlu sosiologi
-          Kompleks sosial/masyarakat tidak boleh dijelaskan oleh faktor sosial sahaja, perlu ekonomi
-          Tafsir ekonomi akan sejarah betul sekadar menghitung faktor ekonomi, tetapi silap jika berfikir semata-mata ekonomi dan economic superstructure

Apa sahaja gejala sosial tidak dapat diperjelaskan jika tidak dihitung gejala ekonomi.
Kepercayaan kepada yang tahyul. Masih kukuh kerana kedudukan ekonomi sesuatu masyarakat itu. Rata-rata masyarakat yang berekonomi tradisional, lebih cenderung kepada collective representation.
Sikap menolak insurans nyawa.  Selalunya berlatar belakang ekonomi yang bukan bercorak perindustrian, tetapi pertanian.

Dalam konsep pelaburan, mengapa orang luar bandar melabur dalam bentuk tanah, emas dan seumpama dengannya? Tetapi dalam masyarakat perindustrian, konsep pelaburannya lebih abstrak. Contoh; saham – ia berbentuk abstrak kerana ia bukan dalam bentuk tunai. Dalam ekonomi tradisional, saham itu dalam bentuk fizikal, iaitu yang nampak seperti saiz tanah; dari pokok kelapa sini ke pokok kelapa sana ukuran tanahnya.

Kepelbagaian (Heterogeneity) Manusia

-          Dari segi fizikal, moral dan intelek individu berbeza
-          Justeru muncul ketidaksamaan sosial dan stratifikasi sosial
-          Tiada sistem yang telah berjaya mengadakan ‘persamaan’ atau demokrasi tulen
-          Semua ‘ideologi’ adalah ‘directives’, sama sahaja.

Sosialisme, demokrasi dan lain-lain semuanya derivative.

Kitaran Elit (Circulation of Elit)

-          Hakikat stratifikasi dan ketidaksamaan
-          Lapisan atas dan bawah
-          Kitaran saling naik, jatuh dan kaedah
-          Sejarah ‘kubur bangsawan’

Jika mengkaji elit. Kita akan lihat golongan ini cuba mengekalkan kedudukan mereka. Ada menggunakan tipu daya, pujukan, penipuan dan sebagainya.

Kebiasaannya golongan atas akan mengekalkan kedudukannya.

Hayat ‘Pacifist/Liberal’ dan ‘Aristokrasi’

-          yang keras, kuku besi lebih lama bertahan
-          yang lembut, pasif tak akan lama bertahan

Kitaran Perubahan Sosial

-          perubahan sosial bukan ‘un linear’, sejalur, sehala tetapi berpusar-pusar, ada naik dan jatuhnya.
-          Ia menolak konsep-konsep evolusi, kecenderungan kepada sejarah, dan tahap progress.
-          Proses perubahan masyarakat itu ada pasang surutnya, ada silih berganti.

Kritikan: Sumbangan Pareto

-          Banyak mengucapkan idea, mengaitkan idea, mengaitkan sistem masyarakat, sistem sosiologi
-          Membentuk sistem masyarakat secara teratur
-          Melihat gejala sosial itu saling berpengaruh
-          Melihat lebih dari segi fungsi
-          Mengkaji ekonomi, kuantitatif, matematik
-          Kritikan derivative agak melampau tetapi boleh digunakan dalam politik dan lain-lain
-          Pandangan keras dalam kaedah stratifikasi
-          Konsep dorongan residue banyak kelemahan tetapi dapat mengkaji manusia dari tahap yang lebih mendalam

Kritikan: Kelemahan Pareto

-          Konsep residue itu agak kabur dan subjektif. Diadakan secara sendiri dan dijadikan asas analisis
-          Ada unsur-unsur ‘ala animistik’ dan ‘anthropomorphism’
-          Apa bezanya residue dan ekonomi? Dapat dipersoalkan
-          Sukar mengaitkan berbagai-bagai derivative dari pelbagai residue
-          Apa akar umbi sesuatu derivative itu?
-          Apa jua residue boleh jadi apa jua derivative, dan sebaliknya
-          Kelemahan ‘reductionist’ atau ‘meraba-raba’ sahaja, ‘agak-agak’ dan seumpama dengannya.

Kritikan: Kitaran Elit

-          Terlalu umum dan perlu perincian
-          Adakah betul pemimpin kuku besi dapat memimpin lebih lama dari pemimpin berjiwa rakyat?
-          Adakah benar politik itu Cuma permainan/percaturan kuasa?
-          Betulkah derivative dan segala-galanya terbahagi kepada berlembut dan berkeras?

Pareto dan Relevannya dalam Mengkaji Masyarakat Melayu

-          Apa yang relevan?
-          Apa yang tidak relevan atau tidak tepat?

Residue dan Pendekatan Tradisional

-          Nafsu, tamak, hasad, keduniaan, tidak bersyukur, sifat derhaka, kurang takwa, akhlak nya kurang.
-          Residue atau syaitan, iblis?

Stratifikasi dan Perbezaan Manusia

-          Persoalan keadilan, persamaan, persaudaraan, pemimpin dan sebagainya

Kepentingan Ekonomi dan Dugaan

-          Kejayaan ekonomi cuma dugaan bagi yang lalai, leka, keduniaan dan kebendaan
-          Ada pemikiran yang menafikan kenyataan kepentingan ekonomi dapat mendorong manusia

Stratifikasi dan Perbezaan Manusia

-          Persoalan keadilan, persamaan, persaudaraan, pemimpin dan sebagainya.

Konsep Perubahan: Sejalur atau Berpusat, atau Sejalur Merosot?

-          Semakin baik, beradab, atau keruntuhan akhlak, ke arah akhir zaman



Tiada ulasan:

Catat Ulasan