Isnin, 24 Oktober 2011

Frederic Le Play (1805)

Aliran Geographies/Persekitaran

Formula terkena: tempat, kerja dan kumpulan, (keluarga)

Bermula dari ‘keluarga’, meluas mengkaji unit yang lebih besar, seperti kejiranan, daerah, wilayah, negara dan kumpulan yang lebih besar. Pendekatan: ‘analisisnya meliputi lokasi geographies keluarga dan masyarakat selari; kesemua institusi sosial dan politik dalam sesebuah masyarakat.’

Beliau banyak mengkaji masyarakat perindustrian – bagaimana berlakunya pencemaran

Unit asas bagi kumpulan manusia(kecil tapi lengkap yang meliputi masyarakat keseluruhannya) ialah keluarga. Keluarga itu tidak kurang juga tidak lebih dalam unit kajian masyarakat itu. Bermula dari keluarga, beliau memerhati pola, jenis keluarga. Daripada keluarga(unit yang kecil) beliau akan mula berkembang mengkaji unit yang lebih besar seperti kampung, mukim, daerah dan seterusnya. Beliau mengkaji keluarga itu dari pandangan geografi atau persekitaran keluarga itu. Contoh; kawasan pantai di negeri pantai timur, dilihat keluarga itu sebagai unit kecil, manakala tempat tinggalnya itu iaitu kampung itu sebagai unit yang lebih besar.

Teori-teori ini bayak yang cuba mengaitkan keluarga itu dengan institusi sosial seperti politik. Melihat sifat-sifat negara.

Beliau menganalisis ‘perbelanjaan keluarga’ – tema yang masih  relevan hari ini. Digunakan dalam ekonomik, profesion survey. Melihat apa yang dibelanjakan keluarga, berapa pendapatannya, tabungan nya dan seterusnya.

Mengkaji jenis-jenis keluarga dan masyarakat selari – agak maju mengkaji gejala sosial dan jenis-jenis atau bentuk.

Kritikan:
-          Tidak meliputi banyak gejala lain, di samping $ dan Sen
-          Melebihi peranan ekonomi, cari nafkah seterusnya
-          Mengabaikan peranan penting pendidikan dan asuhan
-          Banyak yang terlepas dari analisis

Nomenclature

Panduan umum untuk kita mengkaji masyarakat. Masih dirujuk dan dikatakan sistem yang sempurna jika sesuai dengan zaman serta taraf ilmu sains kemasyarakatannya.

1.       Tempat keluarga (geografi fizikal tempat keluarga dan masyarakat) misalnya tanah, bentuk permukaan, sungai, pembahagian air, iklim, pertumbuhan, steppes, perhutanan, persekitaran tumbuh-tumbuhan, persekitaran binatang.

2.       Kerja atau buruh keluarga;

a.       Mengutip hasil-hasil tempat (hasil semula jadi, menangkap ikan, memburu)
b.      Mengusahakan hasil-hasil kepentingan (bercucuk tanam, pertanian, melombong dan sebagainya)

3.       Harta keluarga: komposisi nilainya, bentuk harta, subvention and transmission; harta tanah dan sifatnya; bentuk harta dan institusi dalam masyarakat.

4.       Harta bergerak: lembu dan binatang peliharaan; alat dan perkakas kerja; perabot; peribadi (hamba dan sebagainya)

5.       Gaji dan upah: objek; kadar; bentuk dan sebagainya
6.       Simpanan: objek; sifat; jumlah nilai; bentuk-bentuk
7.       Keluarga: jenis: patriarchal(kebapaan), pseudo-patriarchal, particularism(keindividuan), unstable(kurang mantap); bapa, emak, anak, bilangan, aptitudes (sikap); berkahwin; emigrasi dari keluarga; bujang; orang gaji; orang tua; sakit dan cacat
8.       Taraf hidup atau sifat materi kewujudan keluarga; makanan; rumah; pakaian; kesihatan; riadah
9.       Fasa kewujudan keluarga: asal usul bapa dan emak; peristiwa penting: kelahiran, pendidikan, asuhan, keraian dan temasya, pengusahaan, perkataan dan perkahwinan, penentu waris, pergantian dan perpisahan, keluarga angkat, derma dan harta pusaka dan sebagainya; kekacauan: kemalangan dan keuzuran; kepulangan, kematian, pengangguran, hutan, kebiadaban, kutukan dan hukuman, bakti masyarakat, malapetaka alam dan lain-lai gangguan
10.   Patronage (ketuanan) (perlindungan dan ketua): patriarch; orang kanan; ketua; korporat
11.   Budaya intelektual: budaya intelektual akibat keadaan kehidupan; pemikiran bebas(liberal) dan agennya: guru, jurulatih, doktor, sarjana, seniman, penulis, peguam; pertubuhan seni dan karyawan


1 ulasan:

  1. PENAMBAHAN:
    12. Agama: kepercayaan peribadi; kepercayaan umum; institusi atau pertumbuhan agama; kedudukan penentang
    13. Kejiranan: jiran sebelah; jiran tetangga; kepelbagaian jiran dan hubungan
    14. Koperasi(pertumbuhan): koperasi kepentingan masyarakat; koperasi kebajikan masyarakat
    15. Parish(persamaan rumah ibadat): pembahagian atau taburan; harta atau sumber; tugas-tugas ketua rumah ibadat, pihak berkuasa
    16. Kesatuan tokoh agama: kepelbagaian; harta dan sumber kewangan; perkhidmatan
    17. Bandar atau kota: ekologi dan geografi; harta; kepentingan; perkhidmatan; tanggungjawab
    18. Pembahagian kuasa atau jajahan
    19. Jajahan
    20. Negeri
    21. Perkembangan masyarakat: emigrasi; serangan; jajahan
    22. Masyarakat asing: cara dan peluang bersua; emigrasi dan imigrasi; persaingan
    23. Sejarah masyarakat: asal usul sejarah keadaan yang ada; variasi sejarah masyarakat; perbandingan dengan masyarakat
    24. Taraf masyarakat: peranan sebenar masyarakat berkenaan dalam dunia; pembaharuan; masa depan masyarakat

    BalasPadam