Isnin, 24 Oktober 2011

Model Teks Simbolik

Pendahuluan

-          Kita telah memasuki lingkungan budaya lain
-          Teknologi media telah mengintegrasikan kita dengan lingkungan global
-          Penggunaan beragam
-          Contoh: dengan satu jam kita menonton TV, kita mengalami lebih pengalaman daripada hubungan secara bersemuka

Fokus

-          Hubungan sosial dalam kreativiti simbolik membantu menerangkan tentang corak perubahan atau kesinambungan
-          Perubahan atau kesinambungan dalam penghasilan teks yang dihasilkan oleh industri atau bagaimana pengguna memahami teks
-          Oleh itu industri budaya boleh dilihat sebagai agen perubahan ekonomi, sosial dan budaya.

Apa Peranan Kita

-          Dalam merancang industri budaya kita bukan sahaja memahami industri budaya dari segi produk dan ciri-cirinya tetapi melatih menjadi khalayak yang aktif dalam membaca setiap produk teks
-          Jangan kita menjadi pengguna media yang pasif
-          Cara kita jadi pengguna media yang pasif
-          Cara kita mengisi masa lapang tidak banyak berubah (mitos, gosip, imaginasi, unsur pelarian) tetapi media telah mengolah cara kita itu menjadi satu business yang baru

Industri Teks

-          Mencipta dan menyebarkan produk teks
-          Mempengaruhi kefahaman kita tentang dunia melalui pentafsiran teks
-          Orang yang menghasilkan, mentafsir dan mengolah teks adalah penciptaan simbol

Teks Simbol

-          Industri teras
1.       Periklanan
2.       Filem
3.       Internet
4.       Muzik
5.       Penerbitan
6.       TV dan radio
7.       Video dan permasalahan
8.       Komputer

Budaya Sebagai Simbol

-          Budaya boleh dilihat sebagai teks
-          Teks menyampaikan makna (tetapi tidak semua teks memaparkan makna budaya pengkarya atau masyarakatnya)
-          Budaya juga adalah sistem simbol
-          Budaya sebagai keteraturan sosial dalam berkomunikasi (memahami simbol) dan proses penghasilan semula simbol yang memerlukan pentafsiran makna.

Makna Dalam Masyarakat

1.       Makna subjektif
-          Makna yang tersurat dan tersirat yang dimiliki oleh sesuatu atau sejumlah fakta yang ada pada sekelompok orang atau makna spesifikasi yang diberikan oleh seseorang atau kelompoknya
-          Makna fakta menentukan masyarakat
-          Pemindahan makanya boleh mendorong kepada tingkah laku tertentu bagi sebahagian masyarakat
2.       Makna objektif
-          Satu fakta di antara fakta-fakta lain atau satu makna di antara makna-makna lain yang ada

Membaca Dan Memahami Fenomena Budaya

-          Budaya pada dasarnya akan menampilkan kata-kata atau bahasa yang disebut teks budaya

Teks Budaya

-          Keseluruhannya melalui bahasa; contohnya karya sastera sama ada naratif atau prosa
-          Sebahagiannya melalui bahasa; contohnya upacara dan nyanyian
-          Tampa bahasa; artifak.

Teknologi Media

-          Menurut Fiske(Media Matters, 1994) media bukan lagi menyajikan representasi realiti kedua, tetapi media mempengaruhi dan menghasilkan realiti yang mereka media kan
-          Ini bermakna media bukan sahaja menyampaikan informasi tetapi memaparkan informasi tetapi menyampaikan memaparkan pengalaman bersama iaitu sesuatu yang benar dan imaginasi dan kedua-duanya melebur dalam satu sama lain

Komunikasi

-          Komunikasi sebagai transmisi makna (fokus kepada kejayaan antara kegagalan penyampaian makna)
-          Produksi dan pertukaran makna iaitu bagaimana teks berinteraksi dengan orang dalam menghasilkan makna – tidak melihat kegagalan atau kejayaan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan