Jumaat, 7 Oktober 2011

Pentingnya nilai-nilai



Nilai merupakan salah satu bahagian paling penting dalam budaya

-          Nilai: salah satu bahagian paling penting dalam budaya
-          Budaya adalah satu kerangka identiti yang telah terkandung kepada setiap individu supaya mereka dapat bersikap dan kepiawaian sama dengan anggota lain, membuat keputusan dan melakukan tingkah laku dalam jangkaan masyarakat atau kelompok.

Ukuran untuk penghakiman

-          Nilai merangkumi unsur penghakiman atau penilaian yang menggambarkan idea individu terhadap apa yang betul, baik atau patut. (Robbins 1993)
-          Nilai sangat berguna dalam pelbagai keadaan atau kejadian dan nilai ini membezakan antara yang baik dengan yang buruk untuk mementingkan/menghargai sesuatu. Nilai juga mempengaruhi kegemaran dan definisi kewarasan
-          Hofstade (1984) mengatakan nilai sebagai kecenderungan meluas yang menggemari sesuatu keadaan daripada yang lain. Nilai menentukan definisi objektif tentang kewarasan.

Panduan untuk tingkah laku

-          Nilai memberi makna dan panduan kepada tingkah laku yang dikehendaki oleh seseorang individu atau sesuatu kelompok manusia. Nilai sebagai panduan, pengukur atau kompas dalam budaya, dapat membantu supaya setiap anggota mencari jalan yang tepat dan berkelakuan dalam batasan budaya. Sikap dan tingkah laku yang ditentukan oleh nilai dapat mewakili atau melambangkan ciri-ciri khusus sebuah masyarakat yang dianggotainya.
-          Sekiranya sekumpulan orang berkongsi nilai yang sama antara mereka, ia menjadi nilai yang sosial untuk masyarakat atau kelompok.

Panduan untuk norma

-          Nilai menyediakan garis panduan dan batasan untuk norma, mod tingkah laku yang diterima dalam sesuatu masyarakat
-          Kluckhohn dan Strodbeck (1961) mengatakan bahawa nilai merupakan sesuatu yang diingini secara tersurat atau tersirat, oleh individu atau sebuah kumpulan dan ia mempengaruhi pemilih dari segi mod tingkah laku, cara dan tindakan yang ada.
-          Rokeach (1973:5) juga memerhatikan bahawa nilai menunjukkan bahawa sesuatu mod tingkah laku adalah lebih digemari daripada mod tingkah laku yang berlawanan oleh individu atau masyarakat.

Sistem nilai

-          Nilai mempunyai satu sistem yang mementingkan keutamaan atau kedudukan antara nilai, iaitu sistem nilai. Setiap individu atau kelompok mempunyai satu nilai yang telah disusun mengikut keutamaan atau kepentingan antara nilai. Robbins (1993) menerangkan sistem nilai ini seperti di bawah.
-          When we rank an individual’s values in their intensity. We obtain that person’s value system. All of us have a hierarchy of value that forms our value system. This system is identified by the relative importance we assign to such values as freedom, pleasure, self-respect, honesty, obedience, and equality.

Nilai dan budaya

-          Seperti yang dilihat di atas, terdapat hubungan yang erat antara budaya, nilai dan tingkah laku, yakni nilai, dan sikap dan tingkah laku seseorang individu atau kumpulan adalah hasil pengaruh budaya masyarakat/kelompok yang dianggotainya maka terdapat hubungan rapat antara unsur-unsur ini.
-          Kitaran yang di syor kan oleh Nancy Adler (2002) dapat menerangkan hubungan dan interaksi antara budaya, nilai, sikap dan tingkah laku dalam sesebuah budaya dengan jelas.

Kitaran budaya-nilai

Budaya->nilai->sikap->tingkah laku

Interaksi nilai budaya

-          Orientasi budaya sesuatu masyarakat menunjukkan interaksi kompleks tentang nilai, sikap dan perilaku yang digambarkan oleh ahli-ahli
1.       Seorang individu menyatakan budaya dan kualiti norma nya melalui nilai yang dipegang dalam hidup dan dunia di sekeliling mereka
2.       Nilai ini memberi kesan kepada sikap anggota tentang bentik perilaku yang dianggap lebih sesuai dan berkesan di dalam mana-mana situasi
3.       Perubahan perilaku individu dan kumpulan akhirnya akan mempengaruhi budaya masyarakat dan kitaran nya bermula sekali lagi.

Jenis nilai-nilai

-          Nilai-nilai universal/sejagat
-          nilai-nilai sosial
-          Nilai-nilai individu

Nilai-nilai sosial dan individu

-          Nilai sosial dikongsi bersama sekumpulan orang.
-          Nilai individu berbeza antara orang mengikut pengalaman dan proses sosial masing-masing
-          Terdapat juga perbezaan nilai terhadap sub-budaya.
-          Namun perbezaan tentang sosial antara anggota dalam satu masyarakat/ budaya tidak ketara.

Definisi norma

-          Perlakuan yang dianggap atau menjadi kebiasaan/kelaziman dalam sesebuah masyarakat
-          Norma masyarakat biasanya berdasarkan nilai sosial
-          Anggota-anggota masyarakat mempelajari tentang budaya mereka termasuk nilai dan norma serta berusaha menyesuaikan dengan perlakuan-perlakuan yang diterima masyarakat dam menjadi kebiasaan
-          Devian/penyelewengan: perlakuan yang tidak mengikut norma sosial

Pandangan dunia-world view

-          Ilmu pengetahuan yang berlandaskan kepercayaan
-          Dengan world view dapat menerangkan tentang berbagai-bagai perkara kehidupan anggota-anggota masyarakat, misalnya tentang alam sekeliling, hidup dan mati, ruang dan masa, tumbuh-tumbuhan, syurga dan neraka serta sebagainya.

Nilai, norma dan pandangan dunia

Kepercayaan->pandangan dunia->nilai2->norma->tingkah laku

Pentingnya norma dan nilai

-          Norma dan nilai memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi perlakuan dan tingkah laku anggota masyarakat.
-          Norma dan nilai: asas yang paling penting dalam pembinaan budaya. Dengan memahami norma dan budaya itu bermakna kita dapat memahami tentang sesuatu budaya
-          Norma dan nilai: penting dalam pembinaan keharmonian, keselamatan sosial. -> anggota-anggota masyarakat mengatur, menyusun tindakan dan perlakuan individu
-          Norma dan nilai orang Melayu diwarisi dan disusun berasaskan pengalaman bagi menjamin kehidupan sosial yang harmoni dan stabil

Konsep-konsep lain

-          Konsep-konsep lain yang berkaitan dengan adat dan norma
1.       Peraturan sosial
2.       Adat
3.       Nilai-nilai tradisi dan Islam
4.       Pemupukan nilai
5.       Kawalan sosial

Peraturan sosial

-          Nilai dan norma merupakan landasan kepada peraturan sosial. Masyarakat membina peratuiran sosial bagi menentukan garis panduan untuk diikuti anggota-anggota masyarakat agar tidak berlaku masalah sosial. Nilai-nilai yang dipupuk kepada anggota-anggota masyarakat untuk menjamin keharmonian dan kestabilan sosial
-          Masyarakat membina peraturan sosial dalam segala lapangan, dari sekecil-kecil perkara seperti cara makan, cara berpakaian hinggalah kepada perkara yang besar, seperti peraturan dalam berkeluarga berjiran dan lain-lain

Adat

-          Peraturan sosial dalam konteks masyarakat Melayu
-          Segala tingkah laku dan perlakuan yang berlandaskan nilai-nilai sosial yang diberikan pengesahan masyarakat. Adat luas meliputi tradisi budaya Melayu. Adat menyatakan identiti Melayu. ->setiap orang Melayu bertanggungjawab untuk menjaga adat.
-          Kedudukan adat dipandang di pandang tinggi da tradisi adat perlu dipujuk kepada generasi muda agar tradisi itu dapat dipertahankan. Orang Melayu amat memandang berat perlakuan yang berkaitan dengan adat. Seperti budi bahasa, sopan santun, tatatertib dan tatasusila, adat-adat serta adat resam.

Pemupukan nilai

-          Satu proses mengajar/menanam nilai-nilai sosial kepada anggota baru masyarakat/kelompok
-          Anggota-anggota masyarakat lazimnya berusaha mempertahankan nilai-nilai tradisi dengan cara memupukkan kepada generasi muda. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk nilai-nilai sosial itu, sejak kecil anak-anak diberikan pendidikan. Anggota kelompok berusaha mempertahankan nilai-nilai sosial dengan mengenakan tekanan kepada sesiapa yang devian atau penyeleweng.

Kawalan sosial

-          Satu mekanisme yang digunakan untuk memastikan kestabilan dan ketenteraman masyarakat dengan menggunakan pelbagai tindakan ke atas penyeleweng anggota masyarakat
-          Masyarakat berusaha mempertahan kan norma dan nilai. Dalam usaha kawalan itu, meliputi tekanan yang dikenakan kepada mereka yang menyeleweng dan ganjaran yang diterima apabila melakukan kebaikan
-          Keluarkan dan anggota kelompok bekerjasama dalam usaha mempertahankan nilai-nilai sosial dalam mereka juga berusaha melakukan kawalan sosial

Tiada ulasan:

Catat Ulasan