Jumaat, 7 Oktober 2011

Konsep dan pendekatan teoretis



Pendekatan

-          Terdapat pelbagai pendekatan atau aliran
-          Melibatkan pelbagai disiplin ilmu

Disiplin ilmu yang terlibat

-          Antropologi
-          Sosiologi
-          Media
-          Komunikasi
  • Mengkaji tanda dan penanda
-          Ekonomi
  • Ekonomi melihat budaya sebagai satu industri yang boleh membawa pendapatan dan sumber pekerjaan
-          Politik (polisi awam)

Sekolah Frankfurt

-          Kelompok ilmuwan terawal(1030an) yang mempersoalkan masalah budaya pop yang didakwa bertentangan dengan semangat dan idea pencerahan
-          Individu ditindas/tak bebas dan lebur dalam massa, rasional dalam kenikmatan
-          Tokoh utama ialah Theorno, Horkheimer, Walter Benjamin, Herbert Marcuse.

Pendekatan feminism

-          Eksploitasi ke atas wanita
-          Satu bentuk ideologi partikel yang bekerja demi kepentingan lelaki dan menentang kepentingan wanita
-          Tidak menguntungkan wanita

Pendekatan pascamodernisme

-          Kompleks dan bertentangan
-          Lahir kesan pemodenan (atau lanjutan) kerana gagal memberi kehidupan kepada manusia
-          Mencabar cara penteorian semasa
-          Memberi perspektif lain tentang manusia dan masyarakat

Konsep industri budaya

-          Adakah industri budaya itu melibatkan unsur-unsur budaya yang dijadikan komoditi untuk tujuan pasaran? – tidak

Industri budaya

-          Fenomena ekspresi budaya
-          Keperluan asasi manusia untuk mengisi masa lapang dengan unsur-unsur keindahan yang boleh dinikmati
-          Sama ada berbentuk hiburan, seni atau sastera.

Industri berasaskan kreativiti

-          Periklanan
-          Seni pertunjukan
-          Filem/video
-          Fotografi
-          Televisyen/radio
-          Seni bina/reka bentuk
-          Muzik
-          Penerbitan/pencetakan
-          Permainan interaktif

Industri berasaskan seni dan sastera

-          Seni dalam ruang(seni rupa/visual)
  • Arca
  • Lukisan/gambar
  • rias
-          Seni dalam waktu(seni suara)
  • Vokal
  • Instrumental
  • Sastera

Budaya rakyat

-          Unsur ekspresif yang berkaitan dengan masyarakat yang hidup dalam batas ideologi tradisional
-          Terikat dengan ikatan geografi, etnik dan tradisi
-          Bertahan kerana kehendak rakyat

Budaya kebangsaan

-          Diikat oleh matlamat negara bangsa
-          Tidak semestinya berakar dari rakyat
-          Mengikut kehendak elit politik
-          Bertahan kerana kehendak bangsa

Budaya industri

-          Budaya kepenggunaan
-          Bertahan dengan kehendak media
-          Dibantu oleh teknologi tinggi
-          Dibantu oleh teknologi tinggi
-          Kekuatan media dan kepenggunaan mengubah realiti budaya rakyat dan budaya kebangsaan menjadi budaya popular

Budaya kepenggunaan

-          Ideologi perancang
-          Apa yang kita beli
-          Apa yang menentukan apa yang kita beli
-          Bukan ditentukan oleh kita tetapi nilai atau fungsi simbol yang ada pada komoditi
-          Motif keuntungan menentukan sikap berbagai-bagai bentuk budaya
-          Berselindung di sebalik permintaan pengguna

Media

-          Mengatur dan membentuk setiap hubungan sosial
-          Mempengaruhi dan mendorong kita mentafsir makna diri dan kehidupan  sekeliling kita
-          Mengatur gagasan dan menetapkan perasaan kita.
-          Hilang hubungan sosial dan ideologi
-          Manusia dihimpunkan dan disatukan oleh media(penyeragaman cita rasa) untuk memecahkan batas tradisi, moral
-          Walau kita mengelak dari media, tetapi tema dan cara komunikasi masyarakat sekeliling ditetapkan oleh media
-          Industri budaya menghasilkan budaya massa dan budaya popular
-          Popular bukan ditentukan oleh masyarakat, tetapi dari sudut pandangan orang lain
-          Dibuat supaya popular dan disukai orang(bukan sebagai keperluan)
-          Siapa yang tentukan?
-          Dari mana datangnya?
-          Adakah kita ada kuasa untuk melawan atau menanganinya
-          Ia adalah suatu realiti dan bagaimana penglibatan kita?

Persoalan

-          Adakah industri budaya lahir kerana budaya popular dapat diuruskan disebabkan kemajuan teknologi dalam masyarakat kini?
-          Adakah industri budaya lahir dari ideologi kapitalis untuk tujuan melangsungkan ideologi kapitalis itu?
-          Adakah kerana proses penyesuaian kehidupan masyarakat industrialisasi dan urbanisasi?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan