Isnin, 24 Oktober 2011

POLITIK TRADISI MELAYU


Untuk mengkaji perkara-perkara mengenai politik tradisi, ia dapat dilihat melalui sastera historiografi atau karya agung Melayu seperti Sulalatus Salatin, dan Hikayat Hang Tuah. Selain itu, perkara yang perlu dilihat juga ialah Misa Melayu, Undang-Undang 99, Bustan As-Salatin, Undang-Undang Johor, Undang-Undang Pahang.

Perkataan politik berasal dari barat, cuma konsep politik itu telah lama wujud di alam Melayu.

Politik tidak lari dari ‘kuasa’ dan orang yang berkuasa, yakini institusi yang mampu mempengaruhi orang lain.
Dalam politik tradisi, pemimpin itu sendiri boleh dilihat melalui formasi sosial masyarakat. Yang dimulai dengan keluarga, puak/suku, wakil politik dan negara.

Pemimpin yang memiliki kuasa dalam sesebuah keluarga atau puak mestilah seorang lelaki yang tua. Dan ia digelar sebagai ketua kampung, batin, penghulu, lurah, penggawa dan sebagainya.

Di Sabah dan Sarawak, konsep kepimpinan  dalam keluarga atau puak menduduki rumah panjang yang diketuai oleh tuai rumah dan pemancar.

Matlamat kepimpinan secara umumnya untuk mewujudkan kestabilan atau kesejahteraan.

Pemimpin bukannya berperanan untuk mewujudkan huru-hara atau kekacauan/kesusahan kepada rakyat.
Ketua kuasa dalam pemikiran politik tradisi ialah raja atau sultan. Raja dianggap bayangan tuhan di muka bumi.

Dalam sejarah teks Tarjus Salatin dan Hukum Kanun Melayu, raja di konsep kan sebagai khalifah ul-ardh/wakil tuhan di muka bumi.

Dalam sejarah Melayu, menyebut raja sebagai dzil Allah fil-alam/bayangan tuhan di muka bumi.
Sebelum kedatangan Islam, raja dianggap sebagai dewa raja yang memiliki dewa sakti atau keturunan dari kayangan.

Dalam Hikayat Merong Mahawangsa ada pantun lapan kerat yang menggambarkan raja sebagai tuhan.
Kontrak sosial atau waad antara raja dengan rakyat, iaitu dalam sejarah Melayu yang menceritakan tentang perjanjian sang seperba yang mewakili raja dengan demang lebar daun yang mewakili rakyat jelata.

Waad dalam konteks hari ini perlu dipraktikkan dalam keadaan yang sesuai

Inti pati dalam pemikiran politik Melayu, perlu taat akan perintah Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran

Hubungan raja dengan rakyat ialah hubungan yang reciprocal yang saling memerlukan, hal ini dapat dilihat dalam penyampaian wasiat-wasiat dalam naskhah-naskhah agung tradisi

Taat setia, persoalan patroness atau pernaungan dihubungkaitkan dengan konsep daulat.

R.J. Wilknson menghubungkaitkan daulat dengan semangat atau kuasa penjaga negeri.

 J. M. Gullick mengatakan Daulat adalah lambang perpaduan apabila raja dianugerahi kuasa daulat melalui istiadat pertabalan.

Bustan as salatin mengingatkan Tuah itu akan ditarik balik apabila raja ingkar kepada tuhan

Teks adat raja-raja Melayu menyebut raja sebagai wakil tuhan di bumi dan mempunyai tuah yang baik, istimewa, dipuji rakyat dan masyhur pada negeri-negeri dan besar kerajaannya.

Konsep daulat yang berteraskan tuah berasaskan menepati naungan tuhan, mendapat takhta (penabalan), kebesaran (alat-alat), sistem pemerintahan dan undang-undang serta wilayah kerajaan

Undang 99 menyebut ‘pertama-tama adil hukumnya, kedua murah makan dalam negeri jadi aman lah negeri itu’

Gurindam 12 Raja Ali Haji juga menyatakan tentang hubungan raja dengan pembesar sebagai ‘raja bermuafakat dengan negeri seperti kebun berpagarkan duri, betul hati kepada raja, tanda jadi sebarang kerja’.

Kesimpulan tentang pemikiran Melayu tradisi berpusat kepada raja dan wujud ungkapan dalam pandangan semesta Melayu. ‘kerja raja dikendong, kerja sendiri dikelek’

Raja ibarat pohon, rakyat ibarat akar. Petikan wasiat bendahara paduka raja kepada anak-anak buah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan