Isnin, 24 Oktober 2011

Pendekatan pengajian nilai-nilai

-          Kenapa kita perlu mengetahui nilai dan norma sendiri, orang lain atau bangsa lain?
-          Adakah pendekatan yang digunakan untuk mengkaji nilai dan norma?
-          Bidang/pendekatan apakah yang perlu digunakan untuk memahami nilai-nilai dan norma secara mendalam?

Pentingnya nilai-nilai
-          Nilai merupakan salah satu bahagian paling penting dalam budaya
-          Nilai merupakan ukuran atau garis panduan untuk menentukan mana yang buruk atau tidak
-          Nilai menyediakan piawaian dan batasan untuk norma tingkah ;aku yang diterima dalam sesuatu budaya
-          Nilai mempengaruhi persepsi, pandangan, cara pemikiran, sikap dan tingkah laku manusia
-          Nilai mempunyai satu sistem yang menentukan keutamaan/kedudukan antara nilai, iaitu sistem nilai.

Pentingnya pemahaman nilai/norma
-          Penyelidikan tentang nilai, norma dan budaya akan membantu kita memahami pelbagai aspek dalam sesuatu budaya secara lebih mendalam
-          Pemahaman tentang norma dan nilai Melayu membolehkan kita
1.       Menjaga tingkah laku/reaksi seseorang individu dalam keadaan tertentu
2.       Mengelakkan konflik nilai antara individu atau budaya yang mempunyai nilai-nilai yang berbeza

Bidang pengajian nilai
-          Pengajian dalam bidang-bidang falsafah, etika/tatasusila, idealisme dan berkembang dalam bidang sains sosial
-          Pelbagai penyelidikan telah dan sedang dilaksanakan tentang nilai-nilai dan tingkah laku dari segi pelbagai pendekatan/perspektif termasuk falsafah, etika psikologi, sosiologi, antropologi, pendidikan, ekonomi dan politik.

Falsafah dan etika
-          Sarjana menumpukan kepada pengawalan tingkah laku manusia dari pendekatan nilai falsafah, nilai-nilai dihargai sebagai piawaian untuk menentukan pentingnya sesuatu barang, perkara dan lain-lain dan juga menjadi ukuran menilai pola hidup/tingkah laku sema ada ia betul atau tidak
-          Bidang ini mengkaji hubungan antara etika, agama, dan nilai-nilai manusia dan pengaruhnya ke atas tingkah laku sebagai satu sistem tekanan atau kawalan sosial serta ciri-ciri dan sifat semula jadi manusia.

Psikologi
-          Di samping psikologi teri nilai-nilai memfokuskan kepada kajian tingkah laku dan pengaruh nilai-nilai, iaitu bagaimana manusia mempercayai dan mengimbas nilai-nilai yang tertentu dan bertingkah laku berdasarkan nilai-nilai tersebut
-          Psikologi membuat pelbagai percubaan untuk menjelaskan kenapa manusia lebih menggemari sesuatu daripada yang lain dan membuat pemilihan serta fungsi nilai-nilai pada setiap peringkat dalam proses perkembangan personaliti seseorang individu

Sosiologi
-          Dalam sosiologi, teori nilai lebih memfokuskan kepada hubung kait antara nilai-nilai individu dan nilai-nilai sosial
-          Ahli sosiologi berpendapat bahawa nilai-nilai memainkan peranan penting untuk mengurangkan konflik antara anggota masyarakat
-          Perbandingan nilai; perbezaan nilai-nilai utama antara kelompok juga sering dikaji kerana ia mempengaruhi tingkah laku sosial dan ketenteraman orang
-          Perubahan nilai; mengkaji proses-proses perubahan nilai mengikut permintaan/kawalan sosial

Pendidikan
-          Bidang pendidikan berusaha untuk mengaitkan hubungan antara pendidikan nilai-nilai dan masalah atau penyelewengan dalam masyarakat. Ia juga berusaha untuk mencari jawapan untuk pelbagai masalah dan gejala sosial yang disebabkan oleh golongan muda
-          Pembentukan nilai-nilai dan pendidikan rumah tangga
-          Kajian tentang kegemaran pelanggan/pembeli dan pemasaran
-          Nilai-nilai wang/kekayaan dan sikap pekerja
-          Nilai-nilai ekonomi pekerja dan produktiviti
-          Nilai-nilai pengurus/pengusaha

Antropologi budaya
-          Nilai merupakan satu unsur penting untuk analisis budaya kerana setiap budaya mempunyai sistem nilai yang tersendiri. Nilai-nilai berpengaruh ke atas pelbagai aspek budaya(agama, politik, ekonomi)
-          Bidang antropologi berusaha untuk memahami sesebuah budaya secara mendalam melalui penyelidikan nilai-nilai dari pelbagai aspek budaya
1.       Nilai-nilai kegiatan ekonomi
2.       Pengaruh nilai-nilai ke atas budaya benda atau kesenian
3.       Analisis nilai-nilai perkahwinan melalui wayang gambar
4.       Kajian tentang ‘kerja rumah’ antara golongan suami

Pengkategorian nilai
-          Pelbagai klasifikasi/pengkategorian telah dibuat oleh sarjana-sarjana untuk membezakan nilai-nilai


Tiada ulasan:

Catat Ulasan