Ciri-ciri zaman
kanak-kanak
·
Zaman yang penting untuk menanam nilai-nilai ke
dalam akhlak/keperibadian kanak-kanak kerana mereka dapat belajar dan menyerap
nilai-nilai dan norma seperti span atau sponge
·
Ciri-ciri:
i.
Kanak-kanak tidak mampu membezakan apa yang baik
dan buruk
ii.
Pengaruh ibu bapa paling besar
Kaedah zaman
kanak-kanak
Ibu bapa Melayu menggunakan kaedah seperti memujuk, memuji,
menegur, mengugut dan memarahi
-
Manjakan kanak-kanak berumur 4 – 5 tahun ke
bawah: jarang memarahi atau merotan untuk mengajar mereka kerana tidak dapat
membezakan baik atau buruk
-
Menggunakan cara lembut/tegas sedikit untuk
kanak-kanak berumur 4 – 5 tahun ke atas: mengajar dengan sikap lebih tegas
Sikap ibu bapa Melayu
Ibu bapa Melayu terlalu memanjakan anak-anak kecil sampai 4
– 5 tahun. Jarang memaksa anak supaya mereka membuat sesuatu yang tidak
diingini berlaku – anak jatuh sakit
Ibu bapa Melayu memanjakan anak, tidak paksa dan bersabar
sehingga mereka menyedari apa yang baik dan buruk
Mengikut pandangan barat, ibu bapa Melayu memanjakan hak-hak
dan bersabar sehingga anak sendiri insaf.
Ciri-ciri zaman
remaja
-
Perubahan dari segi jasmani dan rohani
i.
Identiti yang tidak sempurna
ii.
Tingkah laku yang menyimpang
-
Menyesuaikan diri dengan perubahan jasmani
-
Berdikari dari seri rohani daripada ibu bapa
-
Memantapkan nilai dan norma
i.
Membentuk jati diri
Kaedah zaman remaja
Ibu bapa harus berpendapat bahawa perangai negatif harus
dibetulkan seawal mungkin. Kalau tidak, nanti budak akan melawan cakap, pijak
kepala ibu bapa sendiri. ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’
i.
Cara lembut: memujuk, memuji , menegur,
mengugut, memarahi
ii.
Cara tegas: mencubit, merotan
iii.
Perbandingan: menyebut anak jiran yang pandai
iv.
Menakutkan
v.
Tengking, maki, sumpah
Zaman dewasa
-
Re-sosialisasi
-
Sosialisasi perlu dilaksanakan semua apabila
seseorang dewasa harus mempelajari nilai-nilai, norma dan tingkah laku baru
mengikut perubahan sosial untuk penyesuaian
Jurang nilai antara
generasi
-
Punca perbezaan/jurang nilai antara generasi:
-
Perubahan masyarakat yang pesat, proses
informasi yang semakin pesat, keadaan ekonomi yang lumayan, perbezaan
pemikiran, pengetahuan, perkongsian informasi, keupayaan kegunaan it, pengaruh
media massa, pengalaman yang berbeza dengan generasi ibu bapa
-
Generasi muda tidak dapat menyesuaikan diri
dengan alam sekeliling dengan nilai-nilai generasi ibu bapa
-
Mencari nilai-nilai baru yang sesuai dengan arus
perubahan
Anomie
-
Fenomena anomie merupakan keadaan yang tidak
stabil kerana berlakunya kekeliruan antara nilai-nilai tradisi kerana
berlakunya kekeliruan antara nilai-nilai tradisi dan nilai-nilai baru
-
Perubahan masyarakat pesat menyebabkan generasi
lama mengalami anomie sementara generasi remaja cenderung untuk menafikan
nilai-nilai yang sedia ada
-
Anak-anak Melayu mengalami anomie ini antara
nilai-nilai tradisi, kepercayaan tradisi, adat, nilai Islam dan nilai-nilai
barat yang diserap dalam pelbagai aspek kehidupan moden
Tiada ulasan:
Catat Ulasan