Pembentukan
nilai-nilai Melayu
-
Merangkumi pelbagai unsur yang saling
berinteraksi di antara satu sama lain menerusi perkembangan sejarah dan
kepercayaan masyarakat Melayu
-
Agama Islam memberikan kesan yang mendalam dalam
pelbagai aspek masyarakat Melayu. Syed Naquib Al Attas menyatakan Islam telah
membentuk masyarakat Melayu ke arah zaman yang baru
-
Walaupun Islam memainkan peranan yang penting
dalam perkembangan budaya, ilmu dan masyarakat Melayu, ini tidak bermakna
bahawa segala kepercayaan warisan telah dihapuskan
Unsur utama yang
paling berpengaruh dalam pembentukan
nilai-nilai Melayu
-
Agama Islam
-
Kepercayaan tradisional dan agama-agama lain
-
Faktor sejarah: pengalaman melalui perkembangan
sejarah
-
Faktor struktur sosial, politik dan ekonomi
-
Faktor perubahan moden
Kepercayaan animisme
-
Kepercayaan kepada pelbagai kuasa bahawa setiap
benda mempunyai semangat tertentu, iaitu kuasa yang menunggu atau mendiami
-
Animisme merupakan peringkat awal agama kerana
manusia mengalami pelbagai keanehan terhadap alam semula jadi dalam kehidupan
Amalan
menyembah/memuja
-
Mengikut kepercayaan animisme, manusia harus
menghormati atau tidak mengacau supaya semangat itu tidak mengganggu atau
menyebabkan kemalangan kepada manusia
-
Roh atau semangat boleh membantu, menjaga dan
menyelamatkan manusia dari ancaman atau gangguan semangat atau roh yang jahat
-
Roh atau semangat boleh membantu manusia dalam
pelbagai kegiatan dalam kehidupan seharian mereka termasuk mencari rezeki
Semangat padi
-
Masyarakat Melayu memuja padi untuk mendapat
hasil pertanian yang lebih lumayan. Pemujaan ini berdasarkan kepada padi juga
mempunyai semangat. Upacara dilakukan oleh orang tengah yang berilmu ghaib
seperti pawang, dukun atau bomoh
-
Semangat mempunyai perangai seperti manusia.
Semangat padi ini mudah tersinggung, terganggu atau terperanjat. Tegasnya ia
sangat peka terhadap segala kejadian yang berlaku di sekelilingnya. Secara
amnya semangat padi mempunyai sifat lemah-lembut. Dengan itu kekunci dalam
kejayaan penanam padi terletak pada perasaan semangat itu sendiri.
Kepercayaan terhadap
roh
-
Kepercayaan terhadap hantu dan jin
i.
Tempat keras
ii.
Halangan hantu
iii.
Penyakit: kena buatan orang, orang dengki,
terlanggar kediaman jin, jampi
-
Islam dan hantu/jin:
-
Kepercayaan terhadap hantu sukar dikikis
terhadap kepercayaan Melayu dalam masa yang singkat kerana ibu bapa menggunakan
nama hantu dalam pendidikan anak.
Pantang larang
-
Mengandung: dilarang memukul, mendera atau
mencederakan haiwan
-
Bayi tidak boleh ditegur jika berbadan gemuk,
Cuma dikatakan ‘semangat’
-
Sisa makanan bayi tidak boleh dimakan oleh ibu
bapa
-
Kain lampin tidak boleh direndam lama
-
Dilarang memakan nasi kerak
-
Dilarang makan pinggan bertindih
-
Dilarang makan berubah tempat
Pengaruh hindu dan Buddha
-
Nilai Melayu telah menerima pengaruh agama lain
kerana geografi dunia/alam Melayu
-
Namun agama hindu-Buddha tidak dapat mengubah
kepercayaan, nilai-nilai/pandangan dunia Melayu dan pengaruhnya hanya terhad
antara golongan pemerintah sahaja kerana golongan atasan berinteraksi secara
aktif dengan pemimpin agama.
Adat resam dan budaya
-
Melenggang perut
-
Bertindik telinga
-
Berinai
Pengaruh ke atas
kepercayaan
-
Kedatangan hindu-Buddha membuatkan sistem
kepercayaan agak bersistematik
i.
Konsep pemujaan roh digantikan dengan pemujaan
dewa dewi
ii.
Berlaku percampuran pengaruh animisme dan
hindu-Buddha dalam amalan perubatan Melayu
iii.
Mempercayai keramat
-
Keramat: kepercayaan terhadap kepercayaan ghaib
yang mendatangkan kebaikan atau kesenangan dunia. Keramat diterima oleh orang
Melayu kerana ini sesuai dengan masyarakat Melayu kerana ini sesuai dengan
masyarakat Melayu yang mengamalkan ilmu bomoh, dukun dan pawang.
Feudalisme
-
Telah memberi kesan ke atas nilai Melayu kerana
-
sikap pemerintah: kurang pendedahan dan latihan
kuasa tidak terbatas, sosialisasi negatif, pemikiran tertutup, hamba raja
-
kehidupan rakyat susah: sistem kerah, ketakutan,
kemiskinan, kesusahan rakyat.
-
Hal ini telah mempengaruhi nilai-nilai,
kehidupan dan sikap orang Melayu
Kedatangan Islam dan
pengaruh
-
Kedudukan sama antara manusia: tidak ada diskriminasi
antara golongan/lapisan masyarakat
-
Nilai-nilai murni: semua nilai-nilai yang
berkaitan dengan Islam dianggap suci dan murni
-
Perkembangan ilmu: agama Islam berjaya
menghasilkan pemikiran rasional dan menegaskan tradisi pendidikan ilmu
-
Mengembangkan pendidikan: penubuhan pondok
-
Mencipta penulisan jawi dan memantapkan
penyebaran agama Islam
Pertembungan Islam
dengan warisan
-
Pengaruh ilmu pengetahuan keagamaan dan budaya
yang dibawa dari pusat-pusat perkembangan Islam di Asia Barat tidak pula memusnahkan
tradisi Melayu yang telah dibina sekian lama. Kedudukan tradisi budaya Melayu
yang telah kukuh dan asasnya yang telah mantap tidak mudah musnah atau lenyap
begitu sahaja apabila pengaruh budaya asing berkembang.
Pengaruh penjajahan
-
Perkembangan tidak seimbang
-
Kedatangan buruh asing
-
Pecah dan perintah
-
Struktur ekonomi dualisme
-
Modenisasi dan pembaratan
Pengaruh penjajahan
-
Penjajah Inggeris telah masuk campur dalam
sistem politik tanah Melayu demi kepentingan ekonomi mereka
-
Pembinaan bandar-bandar moden dan
kemudahan-kemudahan menyebabkan perubahan pandangan dunia Melayu terhadap alam
sekeliling/alam semula jadi
-
Berpengaruh ke atas pandangan positif terhadap
orang Melayu terhadap budaya barat
-
Berpengaruh secara negatif ke atas kedudukan
budaya tradisional kerana penjajahan hanya menegaskan kepada keuntungan ekonomi
Modenisasi oleh
penjajah
-
Bandar-bandar moden
-
Pembinaan bandar baru tidak menyumbang kepada
keadaan orang Melayu yang menceburi dalam bidang pertanian
-
Orang Melayu tidak berminat menceburi dalam
bidang ekonomi utama penjajahan
-
Orang Melayu memandang bandar sebagai tempat
maksiat
-
Penduduk banda menyamakan barat sebagai kemajuan
sementara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan