Selasa, 29 November 2011

Aliran sosiolinguistik


Bertemu dengan gejala sosial, fakta sosial.
-          Gejala sebegini telah lama ditemui oleh kumpulan ini sebelum orang Melayu menyedarinya
-          Satu aliran besar yang banyak pengasasnya dan tokoh moden seperti August Comte, H.Spences, Cooley dan sebagainya.
-          Jika kita mahu mengkaji perilaku manusia jangan dikaji sosiologi atau sains tabii, tetapi kajilah psikologi

Telah beribu tahun ‘sosial’ telah ditemui
-          Agama-agama dunia – Buddha, Islam, Nasrani, hindu
-          Dalam semua gama di dunia ini hal ini merupakan pemikiran asas
-          Dalam Buddha misalnya, mereka mengatakan manusia itu rosak akibat dunia, dan ini membuatkan mereka memutuskan terus hubungan dengan dunia
-          Bayi umpama kain putih dan ibu bapa mencorakkannya- maknanya manusia itu dipengaruhi oleh masyarakat dan alam sekitar
-          Dalam hindu, unsur karma yakni manusia dilahirkan semula – jika hayat sebelumnya dia bersikap jahat, maka ia akan dilahirkan nanti dengan keadaan yang hina
-          Confucius, hadis, Rig-Veda
-          Ajaran Confucius banyak menunjukkan unsur sosiologi dengan mengajar unsur kepimpinan
-          Dalam ajaran Confucius, apabila raja menginginkan wanita yang gemuk, maka ramai wanita akan menggemukkan badannya dan begitu juga sebaliknya
-          Dalam tradisi Melayu terdapat juga unsur ini, tetapi tidak dikategorikan sebagai sumber ilmu
-          Contoh dalam peribahasa Melayu; seperti kaduk naik ke junjung, ke mana lagi kuah hendak tumpah kalau tidak ke lantai, harapkan pagar. Pagar makan padi dan lain-lain
-          Tidak sebagai sistem

Aliran sosiologistik
-          Ciri-ciri utamanya ia menyatakan bahawa ada sesuatu yang lain berbeza daripada kesedaran individu, kesedaran kolektif atau kumpulan adalah berbeza dengan kesedaran individu
-          Sosial itu terdiri dari unsur-unsur berlainan
-          Contohnya banyak perkara yang dilakukan sebagai individu tidak kita lakukan secara kumpulan
-          Apa yang dikatakan sosiologi bukanlah sebahagian daripada psikologi
-          Kita hendak memahami masyarakat, bukanlah dari pemikiran sendiri, tetapi mesti dari pemikiran masyarakat

Ujian ‘fakta’ atau ‘gejala sosial’
-          Untuk menentukan kenyataan fakta sosial itu, ia menggunakan 2 ukuran iaitu ukuran
-          Exteriority
-          Constraint

Durkheim menjumpai ‘sosial’

-          Masyarakat mewakili kesedaran kumpulan, ia merupakan bentuk kehidupan  psikologi yang tertinggi. Masyarakat merupakan kesedaran akan kesedaran. Masyarakat melihat hanya unsur yang kekal dana yang penting sahaja yang diungkap nya dalam bentuk-bentuk idea atau dikenali sebagai nilai-nilai.
-          Masyarakat melihat lebih jauh daripada perseorangan. Ia memikirkan perkara yang jangkauannya lebih jauh berbanding individu
-          Masyarakat yang membentuk kebudayaan, mengadakan peraturan dan sebagainya
-          Ia mengolah idea-idea yang hendak disampaikan

Kritikan

-          Betul jika sekadar mengatakan sosial itu lain dari individu
-          Betul sekadar menyatakan gejala sosial itu berbeza dengan gejala dan perilaku individual
-          Salah jika dikatakan ada sesuatu kenyataan sosial tampa individu

Hanya yang mengerah dan memaksa itu sosial

-          Durkheim membataskan gejala sosial kepada memaksa dan mengerah
-          Banyak gejala lain yang bebas, sukarela

Sosial itu amat berpengaruh tapi tidak dapat menjelaskan segala galanya

-          Banyak aspek kehidupan manusia yang tidak dapat dijelaskan dengan sosial. Contoh; tokoh-tokoh besar dalam sejarah, saintis, dalam masyarakat yang zalim muncul nya wira-wira
-          Banyak aspek agama yang terkeluar dari penjelasan sosial

Tutorial

-          Teori – rumusan akan perbuatan
-          Teori dipetik daripada kenyataan
-          Ada timbal balik antara kenyataan dan tori
-          Teori adalah kehidupan
-          Teori-teori dalam sains sosial semua berkaitan dengan kehidupan manusia
-           Teori ialah rangkaian beberapa konsep yang disusun menjadi benar
-          Teori ditarik daripada kenyataan, perkara yang telah berlaku beribu-ribu tahun dan diungkapkan dalam perkataan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan