Selasa, 29 November 2011

Kajian Durham Mengenai ‘Division of Labor’ (Pembahagian Buruh)



-          Durham mengkaji ‘division of labor’ sebagai ‘variable’ dan yang selainnya itu sebagai ‘effects’ (kesan) dan fungsi

Kurangnya division of labor dalam masyarakat dan kesannya
-          Melahirkan susunan masyarakat dan pandangan hidup yang tertentu
-          Begitu juga dengan peningkatan division of labor, susunan masyarakat akan berubah, begitu juga pandangan hidup.

Perilaku dan psikologi manusia andainya tak ketara ‘division of labor’
-          Sifat individu yang homogen dari segi mental, moral dan sosial
-          Kepercayaan, pegangan, pendapat, pembawaan, perilaku dan sebagainya sama
-          Perbezaan adalah disebabkan baka atau heredity
-          Kuat pengaruh tradisi, kurang individualiti, dan keindividuan

Hukum, moral dan kawalan sosial
-          Dek hati nurani sosial dan kesedaran sosial yang homogen, mereka kuat, bersepadu dan sepakat
-          Jenayah adalah tindakan yang melanggar hati nurani sosial yang teguh dan ketat dan mengundang hukuman berat
-          Lebih menekankan hukum jenayah dari hukum sivil
-          Tujuan keadilan bukan untuk membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh pesalah atas mangsa tetapi ‘penghapusan’ dan pengukuhan hati nurani sosial kumpulan.

Perpaduan dan perhubungan sosial
-          Perhubungan mekanis berdasarkan kehomogenan individual
-          Diikat oleh pendapat umum yang sepakat, kerana terdapat moral dan mental yang homogen

Regime politik
-          Semua urusan sosial penting dan soal hukum di tentukan oleh seluruh kumpulan, dalam mesyuarat anggota-anggota

Organisasi ekonomi
-          Hak milik bersama

Agama dan ideologi
-          Percaya kepada kuasa totem, babas dari perseorangan atau keindividuan – ada sistem kepercayaan
-          Kekurangan individualiti di kalangan kumpulan terbukti dalam kekurangan individualiti dalam kuasa sosial – individu akur kepada kuasa kumpulan
-          Kuat unsur ‘patriotisme’ tempatan atau kesukuan

Aliran sejarah mencetuskan lebih division of labor dan kesan-kesannya
Perilaku dan psikologi manusia
-          Lesap kesamaan mental dua moral individu
-          Peningkatan keindividuan dan perbezaan
-          Selera, kepercayaan, moral bertambah berbeza
-          Pengkhususan menghakis tradisi
-          Pengaruh keturunan bertambah kurang
-          Ini melemahkan tembok kasta dan pewarisan pekerjaan dan kedudukan sosial dari bapa kepada anak

Hukum moral dan kawalan sosial
-          Nurani dan kesedaran sosial bersama merosot
-          Jenayah tidak dipandang berat, justeru mengurangkan nurani sosial kumpulan
-          Kelakuan buruk mula dilihat sebagai menyinggung hanya sebahagian anggota-anggota
-          Hilang sifat ‘keji’ atau ‘berdosa’
-          Hukum hilang sifat ‘kejam’ atau ‘ketat’
-          Hukuman kian kurang kerana kini tidak perlu menegaskan nurani kumpulan
-          Pesalah Cuma perlu ganti rugi kepada mangsa
-          Kawalan sosial menjadi tidak ketat, moral longgar


 Division of labor mencoraki masyarakat
-          Dalam masyarakat Melayu, division of labor itu jua berlangsung
-          Sekiranya division of labor kuat pengaruhnya
-          Cuma beberapa perilaku manusia itu dikawal dan selainnya dibenarkan bebas
-          Dalam masyarakat yang terdedah dengan division of labor, yang terdedah ialah hukum kontrak, dan perhubungan sosial dalam masyarakat itu, sebenarnya dalam sebuah perjanjian bebas
-          Bertambahnya kebebasan individu, hukum kontrak dan perhubungan bebas di antara kedua belah pihak

Bentuk perpaduan dan perhubungan sosial
-          Dek homogen individu sudah luput, ia tidak lagi berperanan sebagai satu ikatan
-          Jika tiada ikatan baru, kesatuan kumpulan akan  musnah
-          Peranan itu diambil alih oleh ‘division of labor’. Kini perpaduan berdasarkan ‘heterogeneity’ dan ‘non self-sufficiency’ individu.
-          Kini mereka ‘memerlukan’ satu sama lain. Justeru perpaduan ‘mekanis’ diganti dengan ‘organik’

Rejim politik
-          Pengkhususan fungsi politik
-          Ke arah berkurangan status sosial yang diwarisi
-          Perhubungan kontrak antara kerajaan dan warganegara

Organisasi ekonomi
-          Nak milik perseorangan
-          Keindividuan ekonomi
-          Kerjasama kontrak
-          Kebebasan sesiapa memasuki apa jua bidang
-          Kurang kedudukan sosial yang diwarisi, dek kurang keupayaan yang diwarisi

Agama dan ideologi
-          Perubahan ke arah polytheism dan monotheism
-          ‘individualization’ dan personalization’ of god, diiringi oleh ‘universalization’ agama
-          Berkurang patriotisme tempatan dan kesukuan, kian menuju ke arah kosmopolitan dan antarabangsa

Apa pula yang mencetuskan ‘division of labor’?
-          Bukan cuma pertimbangan ‘pragmatik’ manusia untuk selesa dan mengecap ‘pembangunan’, ‘kemajuan’

Penjelasan Durkheim punca division of labor
-          Ledakan penduduk
-          Pergelutan hidup
-          Tak boleh semua buat pekerjaan yang sama. Perlu pengkhususan dan kepelbagaian








Tiada ulasan:

Catat Ulasan