1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan
mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan keterampilan
seseorang itu.
2. Lelaki amat benci kan lelaki lain yang cuba untuk
menggoda kekasih mereka.
3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke
belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka
menelefon seorang wanita.
4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari,
tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka
benar-benar sayang.
5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang
wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita
tersebut.
6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya
seorang wanita senyum kepada mereka.
7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan
perhatian daripada seorang wanita.
8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai
kisah bekas teman lelaki mereka.
9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian
terus melupakan mereka.
10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibu bapa
kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
11. Lelaki juga akan menangis.
12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang
menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung
seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat
seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak
diduga.
15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita
yang mereka suka.
16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan
menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengah hari mereka
semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang
pendengar yang setia.
20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu
terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil
masa yang terlalu lama.
21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal
peribadi mereka.
22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian
mereka.
23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan
dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka
amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
25. Lelaki lebih banyak berfikir.
26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk
membayangkan apa sahaja.
27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih
penting adalah berat mereka.
28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama
apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan
ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan
perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki
berusaha untuk memalukan anda.
34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan
seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama
lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat,
tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan