Ahad, 4 Disember 2011

Latar Belakang Nilai Sosial



-          Ikatan kekeluargaan
-          Ciri-ciri ekonomi pertanian
-          Pelbagai cabaran dalam kehidupan
-          Penjelasan kekitaan, ‘orang kita’

Unsur-Unsur Utama Dalam Nilai Sosial
-          Keluarga
-          Kolektivisme:
1.       Kepentingan bersama – kerja sama
2.       Kebajikan/kesejahteraan – ziarah menziarahi
3.       Keharmonian – tolak ansur
4.       Maruah

Nilai Berorientasikan Keluarga
-          Latar belakang
1.       Tempat tinggal
2.       Kegiatan ekonomi
3.       Kepentingan kelompok: keamanan, kestabilan dan keselamatan
4.       Perkahwinan
5.       Orang kita (in group)

Nilai Dan Norma
-          Hal keluarga sentiasa diutamakan berbanding hal-hal lain termasuk kerjaya
-          Menjalinkan hubungan yang baik antara sanak saudara/ahli keluarga
-          Mendirikan rumah tangga atau perkahwinan dititik beratkan kerana ia merupakan satu peristiwa paling penting kerana keluarga mempunyai fungsi-fungsi penting untuk kebajikan masyarakat
-          Mendapat cahaya mata dikaitkan dengan rezeki
-          Pergantungan anak-anak kepada ibu bapa dalam budaya/masyarakat Melayu
-          Ahli keluarga dikehendaki menjadi orang yang berguna dari pelbagai aspek demi keluarga dan masyarakat

Nilai Kolektif
-          Ciri manusia sebagai ‘social animal’
-          Masyarakat kolektif yang menegaskan kepentingan bersama kelompok bukan individu
1.       Kerjasama
2.       Hormat
3.       Maruah
4.       Harmoni

Kerjasama, Tolong-Menolong
-          Anggota-anggota kelompok saling memerlukan di antara satu sama lain
-          Kesusahan atau bencana: hadapi secara bersama – rasa kekitaan seperti dikatakan ‘seperti aur dengan tebing’
-          Jaminan untuk masa depan yang tidak menentu: kehidupan masa depan yang tidak menentu dan seseorang itu tidak mungkin dapat menguruskan kehidupan secara keseorangan sepanjang masa

Nilai Dan Norma
-          Dalam kegiatan pertanian, mereka menyumbangkan tenaga secara kerjasama atau gotong-royong selalu dilakukan oleh anggota-anggota kelompok. (berat sama dijinjing, ringan sama dipikul)
-          Saling membantu sesama mereka tampa bayaran/ganjaran. Sumbangan tenaga secara kerjasama dan gotong-royong dilakukan secara sukarela
-          Berderau, menyeraya: dalam kegiatan pertanian, sumbangan tenaga secara bergilir-gilir dalam bentuk berderau atau menyeraya.
-          Menyediakan hidangan: taun rumah selalunya menyediakan sedikit makanan untuk mereka memberikan sumbangan tenaga
-          Kenduri: kerja kenduri dapat dilakukan dengan baik atas sumbangan kerjasama anggota-anggota kelompok. Majlis kenduri yang dilakukan akan merapatkan hubungan

Nilai Hormat
-          Latar belakang
1.       Sifat semula jadi orang Melayu yang menegaskan maruah
2.       Agama Islam
3.       Hubungan keluarga/sosial terutama ibu bapa
4.       Pentingnya umur/kedudukan sosial

Nilai Norma Menghormati
-          Menghormati ibu bapa dan membalas jasa mereka. Jangan menderhaka kepada ibu bapa
-          Menghormati guru
-          Menghormati golongan tua
-          Menghormati orang lain tampa mengira kedudukan/pangkat dan lain-lain
-          Hubungan ditimbal balik
-          Tunjuk hormat dengan sikap taat setia

Harmoni: Bertolak Ansur
-          Latar belakang
1.       Menegaskan keharmonian dan kesejahteraan
2.       Hubungan rapat antara anggota
3.       Mengelakkan konflik/perselisihan/pergaduhan
4.       Tanggungjawab dan bertimbang rasa

Nilai Norma Bertolak Ansur

-          Sikap bertolak ansur dalam pelbagai keadaan. Sikap bertolak ansur menjadi prinsip hidup orang-orang Melayu selama ini
-          Sikap tidak apa yang menerima keadaan yang tidak memuaskan dengan hati lapang
-          Menyelesaikan masalah/krisis dengan baik
-          Tidak menggalakkan persaingan/kemenangan

Nilai Kebajikan
-          Latar belakang
1.       Pentingnya suasana masyarakat yang sejahtera/aman/damai
2.       Kebajikan masyarakat terjamin
3.       Mengambil berat sesama anggota masyarakat
4.       Menghormati sesama manusia

Nilai - Norma Ziarah Menziarahi
-          Menjalinkan hubungan baik
-          Saling mengambil tahu
-          Saling mengunjungi: ziarah menziarahi
-          Tanggungjawab untuk mengunjungi orang yang bermasalah
-          Meringankan beban/masalah
-          Menawarkan bantuan/sokongan dari segi moral dan kebendaan
-          Berkongsi

Nilai Kesopanan
-          Latar belakang
1.       Ciri-ciri murni budaya Melayu
2.       Egalitarian
3.       Berorientasikan persamaan/sederhana/biasa
4.       Menghormati sesama manusia

Nilai Dan Norma Kesopanan
-          Bersikap sopan santun dalam hubungan sosial
-          Berbudi bahasa
-          Merendah diri
-          Menjalankan kehidupan yang sederhana
-          Tidak bersikap terus terang terhadap kelemahan atau kesilapan serta ketidakpuasan

Nilai Perpaduan
-          Latar belakang
1.       Masyarakat yang terdiri daripada anggota keluarga dan sanak saudara
2.       Kepentingan/nasib bersama
3.       Suasana masyarakat tidak terdedah dengan dunia luar
4.       Perasaan takut atau tidak percaya orang luar yang tidak dikenali asal usul, niat, sikap dan lain-lain

Nilai Perpaduan: Orang Kita
-          Memelihara kepentingan/kesejahteraan orang kita
-          Berkongsi pelbagai perkara dalam kehidupan
-          Saling bergantung sesama anggota masyarakat
-          Mempercayai orang kita
-          Memberikan peluang baik kepada orang kita





Tiada ulasan:

Catat Ulasan