Isnin, 5 Disember 2011

Karl Marx



-          Minat kita dari segi teori saing-sosial dan bukan politik atau komunisme. Pengkaji membezakan antara pemikiran ‘Marxism’ dan ‘komunisme’
-          Seorang pemikir/penteorian
-          Pengasas teori komunis
-          Banyak pemikiran Marxism yang masuk ke pemikiran komunisme tetapi telah diselewengkan

Karya
-          Theory Of Surplus Value, Das Kapital, The German Ideology, Communist Manifesto dan lain-lain
-          Idea-idea Karl Marx amat sukar dibaca kerana beliau dipengaruhi dengan fahaman enlightenment yang cuba ‘saintifik’. Cuba membuktikan perjalanan sejarah dengan saintifik
-          Selain Sorokin, lihat C. Wright Mills, The Marxist. Amat baik dibaca. Kritikan bebas

Karl Marx dan Hegel
-          Hegel dan idealisme German
-          Dialectics Hegel: sejarah sebagai gerakan idea-idea yang paling mewakili kumpulan atau masyarakat tertentu
-          Idealisme atau idea-idea ini terlibat dalam ‘dialectic’
-          Gerakan sejarah atau dialectic: thesis, antithesis dan synthesis
-          Dialektik ialah satu idea yang ditentang idea lain, percampuran akibat pertelagahan akan menyebabkan sesuatu idea yang baru itu lahir yang merupakan sintaksis antara kedua idea itu

Hegel dan ‘the state’ atau ‘pemerintah’
-          The state atau pemerintah mewakili idealisme masyarakat, aspirasi dan cita-cita mereka. Ada unsur-unsur evolusi dan progresif
-          Dalam pemikiran Hegel, terdapat unsur-unsur evolusi
-          Segala-gala yang dilakukan manusia itu menghala kepada idealistik negara

Hutang Karl Marx kepada Hegel
-          Mengambil dialektik dengan formula tesis, antitesis dan sintesis
-          Akan tetapi mengadaptasi nya kepada dimensi ekonomi dan sejarah mengikut sudut ekonomi
-          ‘menunggang terbalikkan teori Hegel’ (stood Hegelian dialectic on its head)

Marx terbalikkan dialektik idealisme Hegel
-          Idea-idea bukan wujud sendiri dan menentukan sejarah (idealisme)
-          Sejarah, keadaan hidup, etos masyarakat yang menentukan idea-idea atau kesedaran manusia

Idea-idea asas dalam teori Marx
-          Dialectical materialisme (dialektik materialisme)
-          Sejarah adalah perjalanan konflik kelas dalam sistem ekonomi
-          Dalam kapitalisme antara kapitalis sebagai pemodal dan pekerja (antara bourgeoisie dan proletariat)
-          Thesis, antithesis dan sintesis antara kelas-kelas dalam sejarah

Akhir sejarah dan konflik kelas
-          Sejarah akan berakhir dengan kemenangan proletariat dan kemusnahan sistem kapitalisme
-          Masyarakat tampa kelas terjalin
-          Dictatorship of the proletariat (pemerintah diktator kumpulan pekerja)
-          Bukan lagi pemodal yang memerintah, tetapi pekerja yang akan memerintah

Apa itu kelas?
-          Kelas berdasarkan kedudukan atau peranan dalam sistem ekonomi
-          Letak, kedudukan, peranan dalam ekonomi mencorakkan ‘perhubungan ekonomi’ atau ‘economic relation’
-          Maka ada pemilik modal (capitalist) dan pekerja (proletariat), masing-masing dengan ‘kesedaran’ yang berbeza
-          Kedudukan kumpulan dalam sistem ekonomi, melibatkan mereka dengan kumpulan lain dalam ekonomi, kedudukan itu melahirkan idea-idea individu, dan itu dinamakan kesedaran konsensus

Kontradiksi dalam sistem ekonomi
-          Unsur-unsur penindasan dalam sistem ekonomi membawa kontradiksi dan konflik. Dalam feudalisme dan kontradiksi dan konflik antara golongan feudal dan bourgeoisie, dan dalam sistem kapitalis antara bourgeoisie dan proletarian.
-          Akhirnya sesuatu sistem itu menghancurkan dirinya dari kontradiksi dalaman

Kritikan terhadap pemikiran Marxisme
-          Marx itu tepat dan besar sumbangannya dalam historisisme idea-idea dan kesedaran
-          Kewujudan menentukan kesedaran dan pemikiran.
-          Mark menolak idealisme
-          Juga menarik dalam pendapat mengenai peranan falsafah
-          Bukan untuk memahami sejarah, tapi untuk mengubahnya
-          Struktur atau sistem ekonomi penentu penting, jika Durham mengabaikannya, tetapi Marx betul akan nya
-          Setiap satu sosial, politik, agama berpengaruh dan dapat dijadikan variable.
-          Weber telah menunjukkan pemikiran agama juga boleh mempengaruhi ekonomi.
-          Marx itu silapnya kerana terlalu takjub terhadap ekonomi

Apa itu ekonomi?
-          Kebanyakan variable ekonomi juga sebenarnya sosial, politik dan sebagainya

Sejarah tidak mengikut dialectical materialism
-          Revolusi Russia dan revolusi China bergerak dari feudalisme ke komunisme, melangkah kapitalisme
-          Revolusi komunisme berlaku bukan dalam sistem kapitalisme
-          Komunisme bangkit dari kapitalisme

Hanya dua kelas?
-          Sejarah menunjukkan pembahagian bukan cuma melibatkan pemodal dan pekerja. Golongan menengah, pengurusan, pekerja mahir di perantaraan mereka. Lihat perkembangan kapitalisme barat semasa, di USA dan Eropah Barat.

Kebangkitan golongan pengurusan
-          C.W. Mills, White Collar
-          Kelas makan gaji amat mewah dan kaya
-          Juga yang miskin pada paras bawah
-          Justeru, pembahagian kelas pemodal dan kelas pekerja yang ditindas tidak lagi benar keseluruhannya

Teori masyarakat tampa kelas
-          Teori ini menjadi asas ideologi komunisme
-          Tidak mungkin kerana  tuntutan perindustrian
-          Komunisme juga ada kelas di bawah proletariat (atau wakilnya)
-          Konsep masyarakat tampa kelas ini tidak mungkin, misalnya dalam negara komunis sendiri, mereka membentuk kelas-kelas baru. Kerana selagi ada golongan pemerintah dan yang lain bekerja, maka ia mewujudkan kelas itu

Rumusan
-          Marxisme telah menjadi ideologi komunisme
-          Bezakan antara pemikiran Marxist dan komunis, walaupun Karl Marx terlibat dalam kedua
-          Komunisme merupakan penyelesaian atau peleraian Marx terhadap masalah masyarakat yang diterokanya

1 ulasan:

  1. Lucky Club Casino site review & ratings - LuckyClub
    LuckyClub Casino is one of the most trustworthy online casinos I've come across! It is one of the luckyclub.live most trusted sites in the world and

    BalasPadam