Sabtu, 1 Oktober 2011

Teori masyarakat mengikut teori mekanis

Teori masyarakat mengikut teori mekanis

-          Masyarakat iaitu satu sistem astronomi, elemennya anggota masyarakat yang diikat oleh tarikan dan penolakan, seperti atom dalam materi fizikal.

-          Perhubungan antara masyarakat dan antara negeri-negeri/negara pula sistem yang diimbangi oleh tarikan dan penolakan yang elemennya adalah kumpulan-kumpulan manusia sendiri.

Satu hukum mekanis bagi semua peringkat secara sejagat

-          Justeru berbilang siri tarikan dan penolakan di peringkat individu, kumpulan masyarakat, negara dan seterusnya.

-          Spinoza: kumpulan manusia tidak terkecuali dari hukum alam semula jadi tetapi sebahagian dari peredaran hukum mekanis sejagat.

-          Benar di paras manusia, masyarakat dan kemanusiaan sejagat. Manusia, tarikan penolakan konotasi, masyarakat tarikan…

Implikasi dan kesan mendalam

-          Segala unsur ‘supernaturalism, indeterminism, free will’ (unsur ghaib, kebebasan, kudrat, iradat)  tersisih dari teori sosiologi tokoh-tokoh ‘sosial-physicists’ ini. Kesemua ini bertukar menjadi ‘natural causes’ tugas mereka ,mengukur kaitan (correlation) ini dan memberi dapatan dalam bentuk hukum-hukum ‘social-mechanics’.

-          Ini merupakan pemikiran abad ke 17. Pada waktu itu, sains tabii amat terkenal.
-          Dalam pemikiran Melayu, pemikiran sosial sains/mekanis adalah kurang berbanding perkara tersebut di Eropah, kerana Melayu itu sendiri tidak mencipta sains.

Kenyataan: hanya yang terukur, tersukat

-          Kepentingan matematik kepada mereka

-          Segala kebenaran ditemui hanya menerusi pengukuran

-          Muncul berbagai-bagai-bagai kaedah dan model berdasarkan matematik

-          Ini merupakan asal usul pemikiran kuantitatif

-          Pemikiran ini dipelopori oleh banyak pemikir sains mekanis

-          Dalam abad ke 17 dan seterusnya, ramai tokoh-tokoh mengkaji apa itu kebahagiaan, pergolakan, keharmonian dan sebagainya.

-          Jika tidak mempunyai pengukuran, kita dianggap cuma bercakap kosong.

Pandangan alam dengan implikasi falsafah yang mendalam
-          Kebenaran pada umumnya hanya bersifat kuantitatif

-          A universal quantitative science of relation applied to the study of all phenomena, including psychical, ethical, political, and social ones’

-          Pada masa kini, masyarakat menentukan seseorang itu pandai atau tidak adalah melalui markah peperiksaannya.

-          Mereka (ahli pemikir sains mekanis) melihat kita perlu mengurangkan/membuang perkara-perkara yang tahyul, mistik dan sebagainya, kerana ia tidak boleh dibuktikan melalui sains.

-          Sesuatu kenyataan perlulah dapat kita buktikan, selidik, sahkan dan seumpama dengannya.

-          Implikasi mendalam teori ini ialah, sesuatu yang tidak dapat diukur/disukat adalah tidak benar.

Konsep fizik, sains tabii dipinjam selari

-          Sama seperti ‘space’ (ruang) physics. Bersamaan dengan letak atau tempat fizikal itu diadakan persamaan konsep status seperti melibatkan jantina, umur, pekerjaan, kebebasan, agama, kewarganegaraan, dan sebagainya.

-          Contoh; sosial koordinat sama seperti geometrical koordinat dalam ruang fizik. Pemikiran mekanis menggunakan graviti dan inertia seperti pergerakan dalam fizik.

-          Status itu satu konsep yang melambangkan kedudukan; dalam kes ini, status itu melibatkan ruang sosial.
-          Jika terdapat dalam konsep pergerakan (motion) ia dalam fizik

Konsep fizik selainnya

-          Physical mechanics uses gravitation bagi social mechanic menganggap proses sosial sebagai akibat graviti dan inertia. Contoh perhubungan sosial, contohnya cinta. Fizik menggunakan konsep equilibrium antara centrifugal dan centripetal. Social mechanics menggunakan equilibrium untuk menganalisis institusi politik, misalnya checks and balances.

-          Ada pihak cuba menjelaskan adanya benda-benda yang wujud dalam dunia ini menerusi teori-teori ini.
-          Konsep sebegini boleh digunakan untuk memahami politik; dalam politik perlu adanya imbangan dalam kuasa pemerintah dan kuasa rakyat, kuasa parlimen dan kuasa mahkamah. Semuanya perlu ada imbangan. Jika ia tidak dilakukan, masyarakat akan runtuh.

-          Masyarakat itu wujud kerana ada imbangan dalam kuasa-kuasa sosial, jika tidak, masyarakat akan sentiasa kacau bilau.

-          Segala-galanya natural, hukum alam semula jadi.

Di samping ruang moral, ada masa moral

-          Peristiwa sejarah dan sosial dianggap ‘pergerakan’ dan ‘moral masa’ dan ‘masa’ sebagai ‘coefficient’. ‘Proses sosial’ dianggap sama dengan pergerakan benda fizikal. Any proses was seen as a kind of mechanically moving object. ‘Masa’ sebagai garis-garis geometri, proses sejarah sebagai lingkungan, juga kehidupan individu.

Penilaian, kritikan

-          Mesti logik dari segi subjek dan predikat.Teori seperti fizik, kimia, biologi, mekanis, dam lain-lain memang bertindak atas manusia. Tidak perlu sains khusus untuk manusia.

-          Tidak perlu fizik sosial, kimia sosial dan sebagainya.

Gejala sosial itu sama?

-          Menafikan sifat khusus kemanusiaan. Alam fizikal diberi penjelmaan manusia. Tolak pula sifat khusus gejala sosial. Alam mampu bekerjasama, gotong-royong, ada naluri, pergelutan manusia cuma soal ‘tenaga’, bagaimana dengan ‘kebudayaan’?

-          Teori-teori fizik tidak dapat menerangkan kesemua bidang manusia; contohnya kebudayaan.

-          Pemikiran manusia ini mampu berfikir secara ibarat/kiasan/metafora. Bagi pemikir sains pula, segala-gala yang difikirkan oleh manusia itu adalah benar semuanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan