Sabtu, 1 Oktober 2011

KONSEP DAN PEMAHAMAN ASAS NILAI, NORMA DAN PANDANGAN DUNIA.

Definisi nilai-nilai

Nilai ialah kepercayaan sejagat yang membantu tindakan dan penilaian terhadap keadaan
Satu piawaian atau tali ukur yang boleh dibuat bagi menentukan keputusan, pilihan dan penilaian

Ciri-ciri nilai

Nilai-nilai ialah kepercayaan yang fleksibel iaitu mempunyai sifat tidak objektif dan tidak tegas maka nila-nilai mempunyai ciri yang fleksibel yang lazimnya berinteraksi dengan alam sekitar

Nilai-nilai juga dipengaruhi oleh perasaan seseorang individu.

Nilai-nilai merujuk kepada dua dimensi:

1.       Matlamat yang diidamkan
2.       Mode perlakuan yang menggalakkan matlamat


Nilai yang menjadi matlamat kebiasaannya keharmonian.

Untuk mencapai keharmonian perlu adanya kerjasama/hormat-menghormati/tolak ansur

Nilai-nilai berdasarkan keadaan atau alam sekeliling tertentu

Sifat dan nilai jujur perlu mengikut tempat. Contohnya dalam dunia perniagaan; peniaga yang menginginkan keuntungan tidak boleh terlalu jujur dalam tawar menawar dengan pelanggan, jika tidak ia akan mengalami kerugian.

Nilai-nilai berperanan sebagai panduan untuk penilaian, kegemaran dan pemilihan ke atas sesuatu benda, tingkah laku seseorang dan juga peristiwa.

Berfungsi sebagai panduan, piawaian untuk penilaian keadaan dan pemilihan untuk tingkah laku/perbuatan sendiri. Dalam proses pemilihan, seseorang memeriksa/mempertimbangkan kewajaran, ketepatan, kepentingan, kepuasan dari pelbagai aspek dan mempertimbangkan hasil dan tingkah laku atau perbuatan.

Nilai-nilai disusun mengikut kepentingan antara satu sama lain. Susunan nilai-nilai membentuk sistem keutamaan nilai-nilai. Budaya dan individu boleh dibezakan berdasarkan sistem nilai-nilai mereka.

Nilai-nilai ialah ‘kerangka mental yang dapat belajar (Feranndez 1997)’dan dibentuk melalui interaksi dengan alam sekitar dalam proses pembesaran, iaitu sosialisasi manusia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan