Isnin, 5 Disember 2011

Karl Marx



-          Minat kita dari segi teori saing-sosial dan bukan politik atau komunisme. Pengkaji membezakan antara pemikiran ‘Marxism’ dan ‘komunisme’
-          Seorang pemikir/penteorian
-          Pengasas teori komunis
-          Banyak pemikiran Marxism yang masuk ke pemikiran komunisme tetapi telah diselewengkan

Karya
-          Theory Of Surplus Value, Das Kapital, The German Ideology, Communist Manifesto dan lain-lain
-          Idea-idea Karl Marx amat sukar dibaca kerana beliau dipengaruhi dengan fahaman enlightenment yang cuba ‘saintifik’. Cuba membuktikan perjalanan sejarah dengan saintifik
-          Selain Sorokin, lihat C. Wright Mills, The Marxist. Amat baik dibaca. Kritikan bebas

Karl Marx dan Hegel
-          Hegel dan idealisme German
-          Dialectics Hegel: sejarah sebagai gerakan idea-idea yang paling mewakili kumpulan atau masyarakat tertentu
-          Idealisme atau idea-idea ini terlibat dalam ‘dialectic’
-          Gerakan sejarah atau dialectic: thesis, antithesis dan synthesis
-          Dialektik ialah satu idea yang ditentang idea lain, percampuran akibat pertelagahan akan menyebabkan sesuatu idea yang baru itu lahir yang merupakan sintaksis antara kedua idea itu

Hegel dan ‘the state’ atau ‘pemerintah’
-          The state atau pemerintah mewakili idealisme masyarakat, aspirasi dan cita-cita mereka. Ada unsur-unsur evolusi dan progresif
-          Dalam pemikiran Hegel, terdapat unsur-unsur evolusi
-          Segala-gala yang dilakukan manusia itu menghala kepada idealistik negara

Hutang Karl Marx kepada Hegel
-          Mengambil dialektik dengan formula tesis, antitesis dan sintesis
-          Akan tetapi mengadaptasi nya kepada dimensi ekonomi dan sejarah mengikut sudut ekonomi
-          ‘menunggang terbalikkan teori Hegel’ (stood Hegelian dialectic on its head)

Marx terbalikkan dialektik idealisme Hegel
-          Idea-idea bukan wujud sendiri dan menentukan sejarah (idealisme)
-          Sejarah, keadaan hidup, etos masyarakat yang menentukan idea-idea atau kesedaran manusia

Idea-idea asas dalam teori Marx
-          Dialectical materialisme (dialektik materialisme)
-          Sejarah adalah perjalanan konflik kelas dalam sistem ekonomi
-          Dalam kapitalisme antara kapitalis sebagai pemodal dan pekerja (antara bourgeoisie dan proletariat)
-          Thesis, antithesis dan sintesis antara kelas-kelas dalam sejarah

Akhir sejarah dan konflik kelas
-          Sejarah akan berakhir dengan kemenangan proletariat dan kemusnahan sistem kapitalisme
-          Masyarakat tampa kelas terjalin
-          Dictatorship of the proletariat (pemerintah diktator kumpulan pekerja)
-          Bukan lagi pemodal yang memerintah, tetapi pekerja yang akan memerintah

Apa itu kelas?
-          Kelas berdasarkan kedudukan atau peranan dalam sistem ekonomi
-          Letak, kedudukan, peranan dalam ekonomi mencorakkan ‘perhubungan ekonomi’ atau ‘economic relation’
-          Maka ada pemilik modal (capitalist) dan pekerja (proletariat), masing-masing dengan ‘kesedaran’ yang berbeza
-          Kedudukan kumpulan dalam sistem ekonomi, melibatkan mereka dengan kumpulan lain dalam ekonomi, kedudukan itu melahirkan idea-idea individu, dan itu dinamakan kesedaran konsensus

Kontradiksi dalam sistem ekonomi
-          Unsur-unsur penindasan dalam sistem ekonomi membawa kontradiksi dan konflik. Dalam feudalisme dan kontradiksi dan konflik antara golongan feudal dan bourgeoisie, dan dalam sistem kapitalis antara bourgeoisie dan proletarian.
-          Akhirnya sesuatu sistem itu menghancurkan dirinya dari kontradiksi dalaman

Kritikan terhadap pemikiran Marxisme
-          Marx itu tepat dan besar sumbangannya dalam historisisme idea-idea dan kesedaran
-          Kewujudan menentukan kesedaran dan pemikiran.
-          Mark menolak idealisme
-          Juga menarik dalam pendapat mengenai peranan falsafah
-          Bukan untuk memahami sejarah, tapi untuk mengubahnya
-          Struktur atau sistem ekonomi penentu penting, jika Durham mengabaikannya, tetapi Marx betul akan nya
-          Setiap satu sosial, politik, agama berpengaruh dan dapat dijadikan variable.
-          Weber telah menunjukkan pemikiran agama juga boleh mempengaruhi ekonomi.
-          Marx itu silapnya kerana terlalu takjub terhadap ekonomi

Apa itu ekonomi?
-          Kebanyakan variable ekonomi juga sebenarnya sosial, politik dan sebagainya

Sejarah tidak mengikut dialectical materialism
-          Revolusi Russia dan revolusi China bergerak dari feudalisme ke komunisme, melangkah kapitalisme
-          Revolusi komunisme berlaku bukan dalam sistem kapitalisme
-          Komunisme bangkit dari kapitalisme

Hanya dua kelas?
-          Sejarah menunjukkan pembahagian bukan cuma melibatkan pemodal dan pekerja. Golongan menengah, pengurusan, pekerja mahir di perantaraan mereka. Lihat perkembangan kapitalisme barat semasa, di USA dan Eropah Barat.

Kebangkitan golongan pengurusan
-          C.W. Mills, White Collar
-          Kelas makan gaji amat mewah dan kaya
-          Juga yang miskin pada paras bawah
-          Justeru, pembahagian kelas pemodal dan kelas pekerja yang ditindas tidak lagi benar keseluruhannya

Teori masyarakat tampa kelas
-          Teori ini menjadi asas ideologi komunisme
-          Tidak mungkin kerana  tuntutan perindustrian
-          Komunisme juga ada kelas di bawah proletariat (atau wakilnya)
-          Konsep masyarakat tampa kelas ini tidak mungkin, misalnya dalam negara komunis sendiri, mereka membentuk kelas-kelas baru. Kerana selagi ada golongan pemerintah dan yang lain bekerja, maka ia mewujudkan kelas itu

Rumusan
-          Marxisme telah menjadi ideologi komunisme
-          Bezakan antara pemikiran Marxist dan komunis, walaupun Karl Marx terlibat dalam kedua
-          Komunisme merupakan penyelesaian atau peleraian Marx terhadap masalah masyarakat yang diterokanya

Ahad, 4 Disember 2011

POLITIK MELAYU


Erti Politik
-          Kuasa
-          Kuat kuasa
-          Politic is power and authority
-          Apa itu kuasa? – keupayaan untuk mempengaruhi/meyakinkan orang lain supaya boleh melakukan tindakan-tindakan seperti ‘kuat kuasa’
-          Apa yang perlu dilaksanakan selepas dipilih? – melaksanakan kuasa yang diberi, segala yang dijanjikan mesti dilaksanakan

Bagaimana Kuasa Diperoleh Dalam Politik Melayu Tradisi?
-          Tidak berlaku pengundian seperti zaman kini
-          Max Waber menyatakan:
1.       Secara tradisi
2.       Birokrasi
3.       Karisma
i.                    Secara Tradisi
-          Lelaki
-          Keturunan raja
-          Dalam sejarah Melayu, keturunan raja ialah dari keturunan raja yang besar, seperti Iskandar Zulkarnain atau Alexander The Great
-          waad, persetiaan antara kelompok raja dengan kelompok rakyat. Sang Si Perba dengan Demang Lebar Daun, magna carta. Untuk memperkukuhkan hubungan kekuasaan, muncul konsep ‘daulat’, wujud perkataan ‘Tuanku’, ‘Perajaan’ berlaku, kewujudan ‘regalia’ seperti nobat, tanjak, mohor, keris dan lain-lain
ii.                  Birokrasi
-          Legal  
iii.                Karisma
-          Boleh menarik minat orang. Bukan semua orang ada karisma. Hanya orang tertentu sahaja.

Ideologi Politik Melayu Tradisi
-          Kekuasaan mutlak raja, dan kesetiaan mutlak rakyat
-          Mengapa ketaatsetiaan mutlak?  
1.       kerana ada konsep keagamaan di situ
2.       raja merupakan bayangan tuhan
3.       raja merupakan wakil tuhan di muka bumi
4.       semasa hindu – raja itu dianggap dewa dari kayangan
5.       dalam tradisi hindu – chakravartin – raja yang menguasai alam
6.       dalam tradisi jawa, raja itu dianggap ‘pasak gunung’
-          ‘mandala’ dalam tradisi hindu – di mana letaknya istana raja? Istana raja diletakkan di pusat bumi
-          Istana kerajaan Melayu di atas bukit kerana menunjukkan kekuasaan
-          Istana merupakan ‘pusat dunia’
-          Jika istana dibina di kawasan bukan bukit/tanah tinggi, maka tidak nampak kebesaran raja itu
-          Nama sultan yang mempunyai lambang sebagai ketua agama
-          Sistem kerah – apabila sultan hendak turun ke kampung, orang kampung itu sendiri akan dikerah untuk menyambutnya. Apabila perang, yang mengepalai perang itu adalah raja.
-          Semua ahli antropologi mengatakan yang bermulanya titik tolak politik Melayu adalah kemasukan British yang mengurangkan kekuasaan raja

Bermulanya Titik Tolak Pemodenan Politik Melayu
-          Menurut semua sarjana, sejarawan dan ahli antropologi, kemasukan British yang merubah nya
-          Perjanjian Pengkor 1874 – mengurangkan kekuasaan raja – Cuma menguasai adat dan agama
-          British membawa masuk pendatang
-          British mencipta sistem pendidikan - sekolah
-          Kekuasaan raja ditukarkan kepada kekuasaan rakyat – demokrasi
-          pilihan raya

Latar Belakang Nilai Sosial



-          Ikatan kekeluargaan
-          Ciri-ciri ekonomi pertanian
-          Pelbagai cabaran dalam kehidupan
-          Penjelasan kekitaan, ‘orang kita’

Unsur-Unsur Utama Dalam Nilai Sosial
-          Keluarga
-          Kolektivisme:
1.       Kepentingan bersama – kerja sama
2.       Kebajikan/kesejahteraan – ziarah menziarahi
3.       Keharmonian – tolak ansur
4.       Maruah

Nilai Berorientasikan Keluarga
-          Latar belakang
1.       Tempat tinggal
2.       Kegiatan ekonomi
3.       Kepentingan kelompok: keamanan, kestabilan dan keselamatan
4.       Perkahwinan
5.       Orang kita (in group)

Nilai Dan Norma
-          Hal keluarga sentiasa diutamakan berbanding hal-hal lain termasuk kerjaya
-          Menjalinkan hubungan yang baik antara sanak saudara/ahli keluarga
-          Mendirikan rumah tangga atau perkahwinan dititik beratkan kerana ia merupakan satu peristiwa paling penting kerana keluarga mempunyai fungsi-fungsi penting untuk kebajikan masyarakat
-          Mendapat cahaya mata dikaitkan dengan rezeki
-          Pergantungan anak-anak kepada ibu bapa dalam budaya/masyarakat Melayu
-          Ahli keluarga dikehendaki menjadi orang yang berguna dari pelbagai aspek demi keluarga dan masyarakat

Nilai Kolektif
-          Ciri manusia sebagai ‘social animal’
-          Masyarakat kolektif yang menegaskan kepentingan bersama kelompok bukan individu
1.       Kerjasama
2.       Hormat
3.       Maruah
4.       Harmoni

Kerjasama, Tolong-Menolong
-          Anggota-anggota kelompok saling memerlukan di antara satu sama lain
-          Kesusahan atau bencana: hadapi secara bersama – rasa kekitaan seperti dikatakan ‘seperti aur dengan tebing’
-          Jaminan untuk masa depan yang tidak menentu: kehidupan masa depan yang tidak menentu dan seseorang itu tidak mungkin dapat menguruskan kehidupan secara keseorangan sepanjang masa

Nilai Dan Norma
-          Dalam kegiatan pertanian, mereka menyumbangkan tenaga secara kerjasama atau gotong-royong selalu dilakukan oleh anggota-anggota kelompok. (berat sama dijinjing, ringan sama dipikul)
-          Saling membantu sesama mereka tampa bayaran/ganjaran. Sumbangan tenaga secara kerjasama dan gotong-royong dilakukan secara sukarela
-          Berderau, menyeraya: dalam kegiatan pertanian, sumbangan tenaga secara bergilir-gilir dalam bentuk berderau atau menyeraya.
-          Menyediakan hidangan: taun rumah selalunya menyediakan sedikit makanan untuk mereka memberikan sumbangan tenaga
-          Kenduri: kerja kenduri dapat dilakukan dengan baik atas sumbangan kerjasama anggota-anggota kelompok. Majlis kenduri yang dilakukan akan merapatkan hubungan

Nilai Hormat
-          Latar belakang
1.       Sifat semula jadi orang Melayu yang menegaskan maruah
2.       Agama Islam
3.       Hubungan keluarga/sosial terutama ibu bapa
4.       Pentingnya umur/kedudukan sosial

Nilai Norma Menghormati
-          Menghormati ibu bapa dan membalas jasa mereka. Jangan menderhaka kepada ibu bapa
-          Menghormati guru
-          Menghormati golongan tua
-          Menghormati orang lain tampa mengira kedudukan/pangkat dan lain-lain
-          Hubungan ditimbal balik
-          Tunjuk hormat dengan sikap taat setia

Harmoni: Bertolak Ansur
-          Latar belakang
1.       Menegaskan keharmonian dan kesejahteraan
2.       Hubungan rapat antara anggota
3.       Mengelakkan konflik/perselisihan/pergaduhan
4.       Tanggungjawab dan bertimbang rasa

Nilai Norma Bertolak Ansur

-          Sikap bertolak ansur dalam pelbagai keadaan. Sikap bertolak ansur menjadi prinsip hidup orang-orang Melayu selama ini
-          Sikap tidak apa yang menerima keadaan yang tidak memuaskan dengan hati lapang
-          Menyelesaikan masalah/krisis dengan baik
-          Tidak menggalakkan persaingan/kemenangan

Nilai Kebajikan
-          Latar belakang
1.       Pentingnya suasana masyarakat yang sejahtera/aman/damai
2.       Kebajikan masyarakat terjamin
3.       Mengambil berat sesama anggota masyarakat
4.       Menghormati sesama manusia

Nilai - Norma Ziarah Menziarahi
-          Menjalinkan hubungan baik
-          Saling mengambil tahu
-          Saling mengunjungi: ziarah menziarahi
-          Tanggungjawab untuk mengunjungi orang yang bermasalah
-          Meringankan beban/masalah
-          Menawarkan bantuan/sokongan dari segi moral dan kebendaan
-          Berkongsi

Nilai Kesopanan
-          Latar belakang
1.       Ciri-ciri murni budaya Melayu
2.       Egalitarian
3.       Berorientasikan persamaan/sederhana/biasa
4.       Menghormati sesama manusia

Nilai Dan Norma Kesopanan
-          Bersikap sopan santun dalam hubungan sosial
-          Berbudi bahasa
-          Merendah diri
-          Menjalankan kehidupan yang sederhana
-          Tidak bersikap terus terang terhadap kelemahan atau kesilapan serta ketidakpuasan

Nilai Perpaduan
-          Latar belakang
1.       Masyarakat yang terdiri daripada anggota keluarga dan sanak saudara
2.       Kepentingan/nasib bersama
3.       Suasana masyarakat tidak terdedah dengan dunia luar
4.       Perasaan takut atau tidak percaya orang luar yang tidak dikenali asal usul, niat, sikap dan lain-lain

Nilai Perpaduan: Orang Kita
-          Memelihara kepentingan/kesejahteraan orang kita
-          Berkongsi pelbagai perkara dalam kehidupan
-          Saling bergantung sesama anggota masyarakat
-          Mempercayai orang kita
-          Memberikan peluang baik kepada orang kita





Selasa, 29 November 2011

FAKTA MENGENAI LELAKI


1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan keterampilan seseorang itu.
2. Lelaki amat benci kan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibu bapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
11. Lelaki juga akan menangis.
12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengah hari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
25. Lelaki lebih banyak berfikir.
26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

Dual Ekonomi


  1. Tradisi (tani)
  2.  Moden (bijih timah, estet getah)


  • Kebanjiran pekerja-pekerja asing
  • Inggeris hendak merombak, membuka satu lagi bidang perniagaan dan tanah Melayu
  • Bijih penting kerana  merombak ekonomi tanah Melayu
  • Dengan membawa masuk pekerja-pekerja asing ini, telah wujud bandar-bandar baru yang dibina oleh British dalam kawasan ekonomi baru
  • Selepas itu, British membawa masuk pekerja dari Sumatra
  • British juga membawa masuk pembawa modal kapitalis untuk melombong bijih dan membuka estet getah seperti Sime Darby dan Guthrie
  • Bila British masuk dan membawa masuk orang-orang cina. Orang-orang cina telah menguasai semua perniagaan di Malaya
  • British menguasai perniagaan yang berperaturan tinggi
  • Orang cina menguasai perniagaan perbankan
  • Orang cina menguasai ekonomi Asia Tenggara terlebih dahulu sebelum orang Melayu selepas kemasukan British
  • Ekonomi Malaysia telah dikuasai oleh orang cina selama 200 tahun
  • Sektor ekonomi moden sudah dikuasai Eropah, British dan cina
  • Apa usaha British untuk membantu orang Melayu?
  • British mewujudkan enakmen tanah rizab Melayu
  • British mewujudkan jawatan-jawatan pentadbiran untuk orang Melayu(Malay administrates)
  • Semenjak dahulu hingga sekarang, orang-orang Melayu banyak dikuasai oleh orang-orang Melayu
  • RIDA ditubuhkan pada tahun 1952 untuk membantu orang Melayu membangunkan industri orang bandar
  • RIDA digantikan dengan MARA yang ditubuhkan pada tahun 1970
  • Kemiskinan dikaitkan dengan Melayu, walaupun orang lain juga miskin
  • Orang Melayu memiliki kemiskinan iaitu kemiskinan ekonomi dan kemiskinan bukan ekonomi
  • Dari segi orang Melayu miskin dari faktor ekonomi ialah disebabkan
  • Masyarakat Melayu adalah masyarakat tani.
  • Cara untuk mengatasi masalah masyarakat Melayu miskin
  • Harus cepat mencari peluang bagaimana untuk mencipta kekayaan baru – digital ekonomi
  • Dasar ekonomi Melayu, untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum, dan menyusun semula masyarakat
  • Dalam menyusun masyarakat, pengenalan kaum tidak lagi berdasarkan fungsi-fungsi ekonomi. Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera
  • Pada tahun 1990, Melayu bumiputera menguasai 30 peratus ekonomi negara
  • Pada tahun 1970, bumiputera hanya menguasai 2.4 peratus ekonomi negara
  • Kerajaan mewujudkan GLC untuk membantu bumiputera menguasai ekonomi
  • Kaedah yang diambil oleh kerajaan adalah penswastaan




Ekonomi Tradisi Melayu


Bentuk sosial masyarakat(social formation)
-          Keluarga -> band -> tribe(suku/puak) -> chiefdom(kedatuan/jajahan) -> kingdom (kerajaan/kesultanan) -> state(nation)
-          Proses pembentukan masyarakat secara revolusi
-          Dalam istilah politik, state bermaksud negara, nation disebut negara bangsa.
-          Konsep negara bangsa merujuk kepada manusianya, sama ada satu bangsa atau pelbagai/majmuk/plural
-          Dalam konsep politik moden, state ialah pemerintah/orang yang memerintah
-          Di Malaysia, ia tidak disebut pemerintah, tetapi disebut kerajaan
-          Setiap negeri di Malaysia mempunyai perlembagaan nya sendiri dan dipayungi oleh perlembagaan persekutuan

Aktiviti Ekonomi
-          Apakah pekerjaan manusia yang umum?
-          Dari keluarga, bagaimana wujud masyarakat tani(peasant/peasantry)
-          Pekerjaan yang terbentuk dari tanah – sawah/huma/bendang/penternakan
-          Dusun – tanaman buah-buah hutan yang jauh ke dalam
-          Kebun – tanaman ekonomi yang keluasan tanamannya kecil
-          Ladang – tanaman ekonomi yang besar keluasannya
-          Tanaman Melayu ialah ekonomi kecil-kecilan, yang tanahnya tidak luas, secukup hidup, sara diri atau kais pagi makan pagi kais petang makan petang
-          Orang Melayu tidak mempunyai konsep besar-besaran
-          Pada zaman dahulu, beras diimport dari Pegu/Burma
-          Pada zaman tradisi, ekonomi berdasarkan maritim ialah perdagangan
-          Golongan yang melakukan perdagangan ini ialah dari golongan chiefdom dan ke atas
-          Juragan dan nakhoda merujuk kepada golongan maritim
-          Pembesar-pembesar berdagang hasil hutan
-          Undang-undang laut Melaka dibuat untuk mengawal undang-undang dalam kapal
-          Ekonomi tradisi ini terhenti apabila kuasa Eropah muncul pada abad ke 14 yakni apabila Islam kalah dalam perang salib
-          Perdagangan maritim tidak lagi dikawal oleh pedagang Arab
-          Keperluan rempah diperlukan pada ketika itu
-          Dan yang mula keluar untuk mencari rempah ini adalah Portugal, yang memerlukan rempah untuk menyedapkan makanan
-          Melaka sebelum muncul Portugal, ia merupakan kawasan pengumpulan barang dagangan yang besar
-          Pada tahun 1511, Portugal menguasai Melaka dan ia telah turut menguasai perdagangan rempah
-          Setelah itu, pembesar dan raja-raja tidak dapat menguasai ekonomi, dan mereka terpaksa berbalik(involution) iaitu bertani
-          Dan apa yang mereka buat ialah mereka mengutip cukai daripada petani kerana mereka tidak lagi mempunyai sumber ekonomi yang hendak dijalankan
-          Akhirnya muncul British di tanah Melayu (East Hindia Company)
-          Apabila mereka berkuasa, perdagangan maritim kembali hidup
-          Perdagangan maritim yang muncul pada ketika itu ialah pinang dan bijih
-          Ekonomi moden dikuasai oleh Eropah
-          Perniagaan tani pula dikuasai oleh pembesar-pembesar Melayu
-          Tanaman kontan diperkenalkan oleh British di tanah Melayu – kopi, getah, sawit, lada hitam, koko dan nanas
-          Hal ini untuk mendapatkan wang secara tunai
-          Apabila tanaman ini diperkenalkan, wang juga diselaraskan di seluruh tanah Melayu
-          Pertanian kontan dan bijih amat diperlukan oleh British

Perubahan


Berubah daripada kekuasaan raja kepada kekuasaan rakyat
-          Demokrasi
-          Raja menjadi monarki(raja berpelembagaan)
-          Pilihan raya 5 tahun sekali

Apa erti ekonomi?
-          Satu ilmu yang berhubungan dengan sumber-sumber terhad

Apakah aktiviti ekonomi masyarakat Melayu?
-          Pertanian
-          Perdagangan(maritim)

Pembentukan sosial masyarakat
-          Yang menguasai perniagaan maritim ialah raja dan pembesar
-          Manakala pertanian pula bagi rakyat
-          Salah satu sebab Portugis menyerang Melaka kerana sultan Melaka memiliki lebih 2000 bahara(emas), jadi raja Portugal berasa cemburu dan bertindak menyerang Melaka.
-          Orang biasa boleh mendaki tingkat sosial; contohnya nakhoda tanggang yang dahulunya orang biasa dia menjadi juragan dan seterusnya menjadi nakhoda
-          Sesiapa yang memiliki jong, maka ia ialah nakhoda dan ia boleh mengutip cukai dalam kapal tersebut. Apabila raja sekalipun yang menaiki jong nya, maka ia boleh mengutip cukai dari raja itu
-          Selain menjadi nakhoda atau juragan, orang biasa bertani
-          Semua kerajaan Melayu di alam Melayu pada ketika dulu, aktiviti utamanya ialah perdagangan
-          Raja boleh mengurniakan tanah kepada rakyat untuk dikerjakan