Isnin, 15 Ogos 2011

iKLan Gangster

Latar Belakang Filem Melayu

Sejarah perkembangan filem Melayu pertama yang dihasilkan di Tanah Melayu ialah Laila Majnun (1933) yang dihasilkan oleh B.S.Rajhan, pengarah yang berasal dari India. Filem Laila Majnun ini telah dijadikan rujukan oleh pengarah-pengarah filem Melayu selepasnya kerana kejayaan filem tersebut meraih kutipan tiket “pecah panggung”. Namun begitu, filem Laila Majnun ini lebih mengikut cita rasa masyarakat India pada masa itu yang merupakan filem adaptasi daripada filem Bollywood yang mempunyai tajuk yang sama dengan filem tersebut. Acuan filem ini dirangka oleh B.S.Rajhan dan dibantu oleh pengarah-pengarah dari India yang lain seperti Phani Manjumdar, S.Ramanathan, B.N.Rao dan L.Krishnan. 

Penghasilan filem ini juga adalah berdasarkan kehendak masyarakat setempat iaitu untuk orang Melayu kerana budaya Melayu ketika itu mempunyai ciri-ciri budaya India. Filem ini juga dikatakan mempunyai nilai jiwa yang cukup tinggi dan mempunyai pengajaran cukup mendalam kepada masyarakat Melayu pada zaman itu. Isu yang hangat diperkatakan pada masa kini adalah filem-filem Melayu yang dihasilkan pada zaman moden ini dikatakan tidak mempunyai nilai jiwa dan dianggap lebih cenderung ke arah kapitalisme semata-mata.
Selain itu, penghasilan filem ini juga berdasarkan kehendak masyarakat setempat iaitu untuk orang Melayu sahaja. Budaya Melayu pada ketika itu mempunyai ciri-ciri budaya India atau Hindu. Namun begitu apabila muncul filem Melayu iaitu filem Penarek Becha yang dihasilkan oleh anak seni Melayu yang kreatif iaitu P. Ramlee, berlakulah pembaharuan dalam pengisian acuan filem Melayu Negara. Oleh itu, filem Melayu mengalami revolusi ke arah filem yang mempunyai jiwa Melayu yang membawa pengertian subjektif kepada masyarakat Melayu. Filem Melayu ini pada era studio memperlihatkan keperluan pengisian jiwa Melayu yang disebabkan oleh dua faktor utama iaitu filem Melayu merupakan alat hiburan yang mutlak dan filem Melayu merujuk kepada orang Melayu setempat iaitu masyarakat Singapura.

Filem Melayu pada masa dahulu dikatakan memperlihatkan keperluan pengisian jiwa adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor pertama ialah filem Melayu pada masa itu menjadi alat hiburan mutlak. Peranan ini berdasarkan asal usul filem Melayu yang diarahkan oleh pengarah dari India seperti B.S.Rajhan. Namun begitu, ada juga sesetengah pemilik seperti Shows Brothers dan Cathay Keris menghasilkan filem Melayu untuk mengaut keuntungan. Jadi, pernyataan bahawa filem Melayu pada masa kini adalah bersifat kapitalisme adalah tidak benar kerana penerbit filem pada masa dahulu juga mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mengaut keuntungan. Kebanyakan filem pada masa dahulu juga membawa tema yang ringan dan bersifat personal. Filem Melayu juga lebih berkisar tentang perbezaan darjat, konflik rumah tangga, cinta sejati dan kisah wanita. Ternyata jiwa orang Melayu lebih sensitive terhadap keperluan emosi seperti cinta dan kasih sayang.