Sabtu, 1 Oktober 2011

PERANCANGAN INDUSTRI BUDAYA



-          Industri sebagai sistem sosial

Industri Sebagai Objek

-          Industri sebagai objek yang menjadi aplikasi kepada kaedah yang kompleks untuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan

-          Sebagai sistem pengeluaran moden

-          Memudahkan hubungan sosial, bagi mencapai matlamat sesebuah masyarakat

-          Masyarakat terdiri daripada orang yang mempunyai peranan dalam masyarakat

-          Dalam keluarga, perlu mempunyai individu yang menjalankan tanggungjawab yang diiktiraf masyarakat

-          Matlamat akhir hubungan sosial ialah pekerjaan

Industri Sebagai Satu Proses Sosial

-          Industrialisasi ialah proses dalam masyarakat yang mengeluarkan sesuatu produk dengan banyak untuk memperoleh keuntungan yang maksimum

-          Industri yang mengatur kehidupan sosial manusia; dahulu perempuan tidak keluar rumah, kini keluar kerana industri(kerja)

-          Turut melibatkan proses pembandaran; bandar wujud dari proses perindustrian

Perbandaran
-          Perbandaran bukan semata-mata proses kewujudan bandar

-          Ia melibatkan gaya hidup seseorang/masyarakat

-          Seseorang mencapai taraf hidup bandar apabila ia mengubah kegiatan sehariannya dari aktiviti yang berasaskan pertanian kepada aktiviti yang lazim di bandar

-          Seterusnya mengamalkan budaya hidup bandar

Industri Budaya @ Budaya Sebagai Industri?

-          Sistem- produk, sifat, ciri dan organisasi

-          Mereka yang terlibat secara langsung atau tidak

-          Mereka yang menerima kesan

-          Polisi awam

-          Budaya sebagai satu modal

-          Budaya yang dikomersialkan ini melibatkan sistem; ada orang yang melaksanakannya

-          Unsur-unsur budaya digunakan untuk masa-masa lapang, kerana kewujudan teknologi telah memberikan masa lapang yang banyak kepada manusia

-          Contoh; Pelancongan sebagai industri masa lapang

-          Asal industri pelancongan yang dinyatakan oleh PBB ialah ‘menghidupkan benih industri budaya’

-          Produk perlulah dipelbagaikan; keaslian sesuatu produk tidak lagi dipentingkan

-          Pada masa kini budaya tidak lagi dijadikan sebagai tarikan pelancongan

-          Budaya itu adalah unsur kreatif yang dicipta oleh masyarakat

-          Budaya kini lebih kepada perkara-perkara yang estetika, hiburan atau kesenian

-          Identiti merupakan perkara yang penting dalam sesebuah masyarakat

-          Identiti sebenarnya dipisahkan daripada etnik-etnik itu; sesebuah kaum mempunyai identitinya sendiri

-          Pada masa yang sama, identiti digunakan untuk tujuan pelancongan

-          Identiti digunakan sebagai tarikan pelancongan yakni sebagai produk

-          Identiti itu dilihat hanya sebagai manifestasi tanda sahaja

-          Yang menentukan budaya ialah pelancongan itu sendiri berdasarkan proses pasaran

Budaya Industri @ Budaya Sebagai Produk Industri

-          Kemodenan budaya dan intelektual

-          Kemajuan pesat ekonomi dan teknologi

-          Proses sosial untuk melaksanakan projek pemodenan dan mengekalkan order sosial atau ubah order sosial ikut (bergantung matlamat industri)

Gelombang Transformasi

-          Revolusi pertanian (nomad menjadi petani)

-          Revolusi industri (berasaskan jentera pengeluaran dan kepenggunaan besar-besaran)

-          Kini (sistem maklumat, pengangkutan, teknologi, internet- semuanya bertemu pada satu titik atau idea pemusatan)

-          Setiap fasa perlu mengkaji institusi sosial melibatkan revolusi dalam cara berfikir, berpolitik, penyelenggara ekonomi, kehidupan…

-          Transformasi – bentuk apa?

-          Development atau development- maju/bangunkan siapa?

Pemasaran

-          Pemantapan masa, jarak dan ruang

-          Keserta-mertaan

-          Melemahkan kawalan negara bangsa

-          Membuat barang untuk diri sendiri (layan diri)

Kerja

-          Konsep berubah

-          Cara berubah

-          Gaya berubah

Patuh Kepada Negara
-          Negara ialah masyarakat manusia yang merasai mereka kepunyaan bersama dala erti kata mereka berkongsi dengan mendalam element turun-temurun dan mereka mempunyai tradisi masa depan bersama

-          Identiti negara yang dipegang bersama merupakan satu syarat ke arah pemodenan

-          Adalah menjadi satu keperluan bagi negara bangsa untuk mewujudkan identiti kenegaraan untuk mencapai tujuan-tujuan negara khususnya pembangunan ekonomi

-          Pembangunan bangsa (kenegaraan) merupakan proses manusia memindahkan taat setia dari suku kaum kampung atau kawasan-kawasan kecil(kebangsaan) kepada sistem politik pusat yang besar

Patuh Kepada Dunia

-          Globalisasi menyatukan seluruh penduduk dunia

Individualism

-          Budaya industri bersifat homogenization ditolak

-          Tuntutan hak individu

-          Kebebasan dan kepuasan diri

-          Kreativiti individu

-          Bertindak mengikut kehendak dan mendapat maksudnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan