Isnin, 24 Oktober 2011

Sosialisasi: Proses pembinaan nilai Melayu


Pembinaan nilai-nilai

-          Seseorang individu tidak dilahirkan dengan nilai-nilai sebagai warisan tetapi nilai-nilai seseorang individu dibentuk bersama dengan sikap, kepercayaan dan personaliti melalui satu proses interaksi dengan alam sekeliling (sosial, ekonomi dan budaya) individu tersebut

-          Proses pembinaan nilai-nilai boleh ditinjau/diterangkan melalui pelbagai cara mengikut perspektif atau kaedah penyelidikan.

-          Dalam kuliah ini, kita akan meninjau proses pembinaan nilai-nilai ini mengikut jenis dan fungsi institusi-institusi

1.       Sosialisasi: pembelajaran nilai-nilai dan norma

i.                     Sosialisasi: proses pembelajaran untuk menjadi ahli masyarakat melalui interaksi dengan ahli-ahli lain/kumpulan. Kandungan pembelajaran ini meliputi budaya sesebuah kumpulan atau masyarakat.
(pembudayaan atau acculturation)
ii.                   Seseorang individu harus mempelajari pelbagai unsur budaya termasuk nilai-nilai, norma dan tingkah laku yang dikehendaki oleh masyarakat sendiri supaya dia bertingkah laku secara wajar sebagai ahli masyarakat.

Fungsi Sosialisasi

i.                     Peri pentingnya sosialisasi untuk individu:
-          membentuk keperibadian atau nilai jati diri
-          mempelajari nilai-nilai/norma serta peranan, tanggungjawab mengikut peringkat pembesaran
-          meningkatkan bakat dan keupayaan.
ii.                   Peri pentingnya sosialisasi untuk masyarakat
-          Mewarisi nilai-nilai dan norma kepada generasi yang akan datang melalui proses pembelajaran
-          Mengekalkan ciri-ciri masyarakat serta menjamin kewujudan masyarakat.

'Jadi Orang' Dalam Masyarakat Melayu

i.                     Konsep yang menggambarkan peribadi yang idaman/ideal personality type sebagai satu piawaian/panduan supaya masyarakat merujuk kepadanya.
ii.                   Unsur-unsur ‘jadi orang’
-          Faktor agama:   orang alim
-          Faktor budi:        budi bahasa
-          Faktor sosial:      orang berguna
-          Faktor kekitaan: murah hati


2.1   Keupayaan individu

-          Perbezaan keupayaan individu menyebabkan setiap individu mempunyai nilai-nilai yang berbeza walaupun kebanyakan individu dalam masyarakat berkongsi nilai-nilai sosial yang ditegaskan oleh masyarakat
-          Keupayaan dalam konteks ini ialah keupayaan
i.                     Mempelajari sesuatu bidang akademik
ii.                   Mempunyai kemahiran sosial atau berkomunikasi
iii.                  Menghadapi dan mengatasi cabaran
iv.                 Mempunyai semangat kuat dan lain-lain

2.2. latar belakang budaya

-          dalam konteks ini, latar belakang budaya bermakna sistem nilai-nilai atau konsep yang mengawal tingkah laku anggota-anggota dari segi kepercayaan, etika, adat, pengetahuan dan seni.
-     

2.3. Alam Sekeliling

-          perbezaan alam sekeliling merupakan unsur yang membentuk tingkah laku yang dikongsi oleh masyarakat. Alam sekeliling dalam konteks ini meliputi sistem sosial, alam sekeliling semula jadi, keadaan politik atau ekonomi dan lain-lain.
-          Maka individu-individu dalam alam sekeliling yang berbeza menunjukkan niali-nilai dan tingkah laku yang berbeza dalam keadaaan tertentu.

2.4. Perbezaan Fizikal

-          Ciri-ciri jasmani atau fizikal yang diwariskan sebagai keturunan merupakan unsur yang membentuk ciri-ciri atau tingkah laku khas individu dan mempengaruhi nilai-nilai individu.

2.5. Rohani

-          Perbezaan rohani atau mental merupakan satu unsur yang membentuk nilai-nilai dan pengaruh ke atas tingkah laku sendiri
i.                     Ciri-ciri rohani yang diwariskan
ii.                   Ciri-ciri, pengamatan, keinginan dan motivasi individu yang dibentuk melalui interaksi dengan alam sekeliling.

3.1. Institusi Sosialisasi Pertama

-          Institusi pertama: keluarga, kumpulan sebaya, komuniti/masyarakat
-          Seseorang individu mempelajari nilai/norma/tingkah laku sosial paling asas pada zaman kanak-kanak/remaja
i.                     Keluarga: institusi asas, pertama dan paling penting dalam  sosialisasi
ii.                   Kumpulan sebaya: institusi yang berpengaruh semakin besar menjelang zaman akil baligh

3.2. Institusi Sosialisasi Sekunder

-          Institusi sekunder: sekolah, rakan kerja, tempat kerja, media massa
-          Mempelajari ciri-ciri dan kehendak masyarakat
i.                     Sekolah: institusi rasmi yang didirikan untuk sosialisasi
ii.                   Media massa: institusi yang pengaruhnya semakin besar semenjak masyarakat mengalami modenisasi

3.3. Pentingnya Keluarga/Masyarakat

i.                     Latar belakang keluarga
-          Unsur-unsur latar belakang keluarga: ciri-ciri dan suasana keluarga, pekerjaan , tahap pendidikan, agama, nilai-nilai ibu bapa, harapan terhadap anak-anak dan lain-lain.
-          Pentingnya alam sekeliling keluarga: individu dipengaruhi oleh keluarga dalam proses perkembangan personaliti termasuk nilai-nilai, ciri-ciri peribadi dan minat
ii.                   Alam sekeliling sosial: pertumbuhan ekonomi pesat, perbandaran, mobiliti penduduk, kemajuan sains dan teknologi, keadaan politik.

Keluarga/Masyarakat Melayu

-          Orang-orang Melayu mempertahankan nilai-nilai tradisi dan nilai-nilai Islam dengan cara memupuknya kepada generasi muda. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk nilai-nilai sosial itu, sejak kecil anak-anak diberikan pendidikan agama
-          Anggota-anggota kelompok berusaha mempertahankan nilai-nilai sosial dengan mengenakan tekanan kepada sesiapa yang devian atau menyeleweng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan