Isnin, 24 Oktober 2011

INDUSTRI BUDAYA DAN INDUSTRI KREATIF


Ekonomi Kreatif

-          Penciptaan barang dan perkhidmatan yang berasaskan kepakaran, bakat dan kreativiti sebagai kekayaan intelektual
-          Sebagai satu sektor ekonomi baru yang berasaskan kepada pengetahuan
-          Industri kreatif ada potensi untuk berkembang kerana negara memiliki sumber modal insan kreatif dan warisan budaya yang kaya.

Industri Budaya atau Industri Kreatif?

-          Istilah industri kreatif lebih popular daripada industri budaya dan kadangkala digunakan  silih ganti dan ada yang melihat istilah tersebut sebagai sama sahaja
-          Perbezaan juga timbul dalam mengklasifikasikan industri kreatif/budaya
-          Punca ialah masing-masing mempunyai fokus analisis tersendiri dan bergantung pada potensinya bagi sesebuah negara.

Definisi Industri Kreatif

-          Industri kreatif ialah industri yang mempunyai keaslian dalam kreativiti individual, keterampilan dan bakat yang mempunyai potensi untuk mendatangkan pendapatan dan penciptaan bidang pekerjaan melalui eksploitasi kekayaan intelektual
-          Industri kreatif ialah industri-industri yang melibatkan kreativiti individu, keterampilan, dan bakat yang mempunyai potensi menjana kekayaan serta penciptaan peluang pekerjaan melalui penggalakan dan eksploitasi harta intelek.

Aktiviti dan Produk Industri

-          Input utama industri budaya dan industri kreatif ialah kreativiti dan intelektual
-          Aktiviti yang berasaskan pengetahuan(fokus seninya) yang berpotensi mendatangkan pendapatan melalui perdagangan dan hak ke atas intelektual
-          Produk yang boleh disentuh atau perkhidmatan artistik yang dicipta oleh proses kreativiti, memiliki nilai ekonomi dan tujuan dipasarkan.

Perutusan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (Dasar Industri Kreatif Negara)

-          Industri kreatif merupakan salah satu sumber penting dalam pertumbuhan ekonomi dan percambahan budaya bagi negara-negara maju. Untuk itu, kerajaan menyedari bahawa rakyat negara ini mampu menjadikan industri kreatif sebagai sumber pekerjaan dan pendapatan negara, seterusnya mencapai sasaran ekonomi negara berpendapatan tinggi.

-          Kreativiti merupakan sesuatu yang berasakan bakat, kebolehan yang dirancang secara bersepadu oleh individu atau kumpulan dengan mengambil kira nilai-nilai seni budaya tempatan serta penggunaan teknologi bagi menghasilkan produk yang berkualiti bagi memenuhi pasaran. Dasar industri kreatif negara yang berpaksikan 3 skop utama iaitu, multimedia, seni budaya dan warisan budaya ini digubal bagi memenuhi keperluan industri dan menyokong pembangunan dan setiap kemajuan setiap industri di bawahnya.

Matlamat Pembangunan Industri

-          Pertumbuhan ekonomi negara
-          Memartabatkan budaya bangsa

Dapatkan Nota Seterusnya di:
Industri Budaya Melibatkan Kombinasi 5 Kriteria Utama

-          Kreativiti
-          Harta intelek
-          Makna simbol
-          Nilai guna
-          Kaedah pengeluaran

Kreativiti

-          Berdasarkan kreativiti individu
-          Semua aktiviti yang melibatkan unsur-unsur kreativiti adalah kreatif
-          Sebarang inovasi termasuk inovasi teknikal dan saintifik selalunya berpotensi sebagai aktiviti kreatif dan termasuk dalam industri kreatif

Harta Intelek

-          Membenarkan secara formal individu memiliki produk kreatif sendiri
-          Sesuatu produk yang oleh dipasarkan dan sekali gus produk tersebut mempunyai fungsi dalam ekonomi dan hak moral terhadap produk
-          Sebagai satu kaedah dalam mengurus industri kreatif

Makna Simbolik

-          Semua produk yang berunsur kreatif mempunyai makna simbolik

Nilai Guna/Pakai

-          Komunikasi idea/makna melalui karya kreatif
-          Melibatkan nilai, norma, moral dan berbagai-bagai ekspresi individu dalam masyarakat
-          Perlu diingat bahawa dalam masa yang sama juga industri budaya mempunyai nilai tukar dan tunduk kepada selera pengguna

Kaedah Pengeluaran

-          Menggunakan teknologi industri dan kaedah pengeluaran dan pengedaran secara besar-besaran



Tiada ulasan:

Catat Ulasan