Selasa, 29 November 2011

Pembentukan Nilai dan Norma Melayu


Pembentukan nilai-nilai Melayu
-          Merangkumi pelbagai unsur yang saling berinteraksi di antara satu sama lain menerusi perkembangan sejarah dan kepercayaan masyarakat Melayu
-          Agama Islam memberikan kesan yang mendalam dalam pelbagai aspek masyarakat Melayu. Syed Naquib Al Attas menyatakan Islam telah membentuk masyarakat Melayu ke arah zaman yang baru
-          Walaupun Islam memainkan peranan yang penting dalam perkembangan budaya, ilmu dan masyarakat Melayu, ini tidak bermakna bahawa segala kepercayaan warisan telah dihapuskan

Unsur utama yang paling berpengaruh dalam pembentukan  nilai-nilai Melayu
-          Agama Islam
-          Kepercayaan tradisional dan agama-agama lain
-          Faktor sejarah: pengalaman melalui perkembangan sejarah
-          Faktor struktur sosial, politik dan ekonomi
-          Faktor perubahan moden

Kepercayaan animisme
-          Kepercayaan kepada pelbagai kuasa bahawa setiap benda mempunyai semangat tertentu, iaitu kuasa yang menunggu atau mendiami
-          Animisme merupakan peringkat awal agama kerana manusia mengalami pelbagai keanehan terhadap alam semula jadi dalam kehidupan

Amalan menyembah/memuja
-          Mengikut kepercayaan animisme, manusia harus menghormati atau tidak mengacau supaya semangat itu tidak mengganggu atau menyebabkan kemalangan kepada manusia
-          Roh atau semangat boleh membantu, menjaga dan menyelamatkan manusia dari ancaman atau gangguan semangat atau roh yang jahat
-          Roh atau semangat boleh membantu manusia dalam pelbagai kegiatan dalam kehidupan seharian mereka termasuk mencari rezeki

Semangat padi
-          Masyarakat Melayu memuja padi untuk mendapat hasil pertanian yang lebih lumayan. Pemujaan ini berdasarkan kepada padi juga mempunyai semangat. Upacara dilakukan oleh orang tengah yang berilmu ghaib seperti pawang, dukun atau bomoh
-          Semangat mempunyai perangai seperti manusia. Semangat padi ini mudah tersinggung, terganggu atau terperanjat. Tegasnya ia sangat peka terhadap segala kejadian yang berlaku di sekelilingnya. Secara amnya semangat padi mempunyai sifat lemah-lembut. Dengan itu kekunci dalam kejayaan penanam padi terletak pada perasaan semangat itu sendiri.

Kepercayaan terhadap roh
-          Kepercayaan terhadap hantu dan jin
i.                     Tempat keras
ii.                   Halangan hantu
iii.                  Penyakit: kena buatan orang, orang dengki, terlanggar kediaman jin, jampi
-          Islam dan hantu/jin:
-          Kepercayaan terhadap hantu sukar dikikis terhadap kepercayaan Melayu dalam masa yang singkat kerana ibu bapa menggunakan nama hantu dalam pendidikan anak.

Pantang larang
-          Mengandung: dilarang memukul, mendera atau mencederakan haiwan
-          Bayi tidak boleh ditegur jika berbadan gemuk, Cuma dikatakan ‘semangat’
-          Sisa makanan bayi tidak boleh dimakan oleh ibu bapa
-          Kain lampin tidak boleh direndam lama
-          Dilarang memakan nasi kerak
-          Dilarang makan pinggan bertindih
-          Dilarang makan berubah tempat

Pengaruh hindu dan Buddha
-          Nilai Melayu telah menerima pengaruh agama lain kerana geografi dunia/alam Melayu
-          Namun agama hindu-Buddha tidak dapat mengubah kepercayaan, nilai-nilai/pandangan dunia Melayu dan pengaruhnya hanya terhad antara golongan pemerintah sahaja kerana golongan atasan berinteraksi secara aktif dengan pemimpin agama.

Adat resam dan budaya
-          Melenggang perut
-          Bertindik telinga
-          Berinai

Pengaruh ke atas kepercayaan
-          Kedatangan hindu-Buddha membuatkan sistem kepercayaan agak bersistematik
i.                     Konsep pemujaan roh digantikan dengan pemujaan dewa dewi
ii.                   Berlaku percampuran pengaruh animisme dan hindu-Buddha dalam amalan perubatan Melayu
iii.                  Mempercayai keramat
-          Keramat: kepercayaan terhadap kepercayaan ghaib yang mendatangkan kebaikan atau kesenangan dunia. Keramat diterima oleh orang Melayu kerana ini sesuai dengan masyarakat Melayu kerana ini sesuai dengan masyarakat Melayu yang mengamalkan ilmu bomoh, dukun dan pawang.

Feudalisme
-          Telah memberi kesan ke atas nilai Melayu kerana
-          sikap pemerintah: kurang pendedahan dan latihan kuasa tidak terbatas, sosialisasi negatif, pemikiran tertutup, hamba raja
-          kehidupan rakyat susah: sistem kerah, ketakutan, kemiskinan, kesusahan rakyat.
-          Hal ini telah mempengaruhi nilai-nilai, kehidupan dan sikap orang Melayu

Kedatangan Islam dan pengaruh
-          Kedudukan sama antara manusia: tidak ada diskriminasi antara golongan/lapisan masyarakat
-          Nilai-nilai murni: semua nilai-nilai yang berkaitan dengan Islam dianggap suci dan murni
-          Perkembangan ilmu: agama Islam berjaya menghasilkan pemikiran rasional dan menegaskan tradisi pendidikan ilmu
-          Mengembangkan pendidikan: penubuhan pondok
-          Mencipta penulisan jawi dan memantapkan penyebaran agama Islam

Pertembungan Islam dengan warisan
-          Pengaruh ilmu pengetahuan keagamaan dan budaya yang dibawa dari pusat-pusat perkembangan Islam di Asia Barat tidak pula memusnahkan tradisi Melayu yang telah dibina sekian lama. Kedudukan tradisi budaya Melayu yang telah kukuh dan asasnya yang telah mantap tidak mudah musnah atau lenyap begitu sahaja apabila pengaruh budaya asing berkembang.

Pengaruh penjajahan
-          Perkembangan tidak seimbang
-          Kedatangan buruh asing
-          Pecah dan perintah
-          Struktur ekonomi dualisme
-          Modenisasi dan pembaratan

Pengaruh penjajahan
-          Penjajah Inggeris telah masuk campur dalam sistem politik tanah Melayu demi kepentingan ekonomi mereka
-          Pembinaan bandar-bandar moden dan kemudahan-kemudahan menyebabkan perubahan pandangan dunia Melayu terhadap alam sekeliling/alam semula jadi
-          Berpengaruh ke atas pandangan positif terhadap orang Melayu terhadap budaya barat
-          Berpengaruh secara negatif ke atas kedudukan budaya tradisional kerana penjajahan hanya menegaskan kepada keuntungan ekonomi

Modenisasi oleh penjajah
-          Bandar-bandar moden
-          Pembinaan bandar baru tidak menyumbang kepada keadaan orang Melayu yang menceburi dalam bidang pertanian
-          Orang Melayu tidak berminat menceburi dalam bidang ekonomi utama penjajahan
-          Orang Melayu memandang bandar sebagai tempat maksiat
-          Penduduk banda menyamakan barat sebagai kemajuan sementara





Tiada ulasan:

Catat Ulasan