Selasa, 29 November 2011

Ekonomi Tradisi Melayu


Bentuk sosial masyarakat(social formation)
-          Keluarga -> band -> tribe(suku/puak) -> chiefdom(kedatuan/jajahan) -> kingdom (kerajaan/kesultanan) -> state(nation)
-          Proses pembentukan masyarakat secara revolusi
-          Dalam istilah politik, state bermaksud negara, nation disebut negara bangsa.
-          Konsep negara bangsa merujuk kepada manusianya, sama ada satu bangsa atau pelbagai/majmuk/plural
-          Dalam konsep politik moden, state ialah pemerintah/orang yang memerintah
-          Di Malaysia, ia tidak disebut pemerintah, tetapi disebut kerajaan
-          Setiap negeri di Malaysia mempunyai perlembagaan nya sendiri dan dipayungi oleh perlembagaan persekutuan

Aktiviti Ekonomi
-          Apakah pekerjaan manusia yang umum?
-          Dari keluarga, bagaimana wujud masyarakat tani(peasant/peasantry)
-          Pekerjaan yang terbentuk dari tanah – sawah/huma/bendang/penternakan
-          Dusun – tanaman buah-buah hutan yang jauh ke dalam
-          Kebun – tanaman ekonomi yang keluasan tanamannya kecil
-          Ladang – tanaman ekonomi yang besar keluasannya
-          Tanaman Melayu ialah ekonomi kecil-kecilan, yang tanahnya tidak luas, secukup hidup, sara diri atau kais pagi makan pagi kais petang makan petang
-          Orang Melayu tidak mempunyai konsep besar-besaran
-          Pada zaman dahulu, beras diimport dari Pegu/Burma
-          Pada zaman tradisi, ekonomi berdasarkan maritim ialah perdagangan
-          Golongan yang melakukan perdagangan ini ialah dari golongan chiefdom dan ke atas
-          Juragan dan nakhoda merujuk kepada golongan maritim
-          Pembesar-pembesar berdagang hasil hutan
-          Undang-undang laut Melaka dibuat untuk mengawal undang-undang dalam kapal
-          Ekonomi tradisi ini terhenti apabila kuasa Eropah muncul pada abad ke 14 yakni apabila Islam kalah dalam perang salib
-          Perdagangan maritim tidak lagi dikawal oleh pedagang Arab
-          Keperluan rempah diperlukan pada ketika itu
-          Dan yang mula keluar untuk mencari rempah ini adalah Portugal, yang memerlukan rempah untuk menyedapkan makanan
-          Melaka sebelum muncul Portugal, ia merupakan kawasan pengumpulan barang dagangan yang besar
-          Pada tahun 1511, Portugal menguasai Melaka dan ia telah turut menguasai perdagangan rempah
-          Setelah itu, pembesar dan raja-raja tidak dapat menguasai ekonomi, dan mereka terpaksa berbalik(involution) iaitu bertani
-          Dan apa yang mereka buat ialah mereka mengutip cukai daripada petani kerana mereka tidak lagi mempunyai sumber ekonomi yang hendak dijalankan
-          Akhirnya muncul British di tanah Melayu (East Hindia Company)
-          Apabila mereka berkuasa, perdagangan maritim kembali hidup
-          Perdagangan maritim yang muncul pada ketika itu ialah pinang dan bijih
-          Ekonomi moden dikuasai oleh Eropah
-          Perniagaan tani pula dikuasai oleh pembesar-pembesar Melayu
-          Tanaman kontan diperkenalkan oleh British di tanah Melayu – kopi, getah, sawit, lada hitam, koko dan nanas
-          Hal ini untuk mendapatkan wang secara tunai
-          Apabila tanaman ini diperkenalkan, wang juga diselaraskan di seluruh tanah Melayu
-          Pertanian kontan dan bijih amat diperlukan oleh British

1 ulasan:

  1. New Zealand – Best Free Baccarat - WURRI-IT
    A 인카지노 “Baccarat” is a term used to describe the card game septcasino that originated in America. This is a 바카라 사이트 game in which the player is dealt two cards.

    BalasPadam