-
Minat kita dari segi teori saing-sosial dan
bukan politik atau komunisme. Pengkaji membezakan antara pemikiran ‘Marxism’
dan ‘komunisme’
-
Seorang pemikir/penteorian
-
Pengasas teori komunis
-
Banyak pemikiran Marxism yang masuk ke pemikiran
komunisme tetapi telah diselewengkan
Karya
-
Theory Of Surplus Value, Das Kapital, The German
Ideology, Communist Manifesto dan lain-lain
-
Idea-idea Karl Marx amat sukar dibaca kerana
beliau dipengaruhi dengan fahaman enlightenment yang cuba ‘saintifik’. Cuba membuktikan
perjalanan sejarah dengan saintifik
-
Selain Sorokin, lihat C. Wright Mills, The Marxist.
Amat baik dibaca. Kritikan bebas
Karl Marx dan Hegel
-
Hegel dan idealisme German
-
Dialectics Hegel: sejarah sebagai gerakan
idea-idea yang paling mewakili kumpulan atau masyarakat tertentu
-
Idealisme atau idea-idea ini terlibat dalam ‘dialectic’
-
Gerakan sejarah atau dialectic: thesis,
antithesis dan synthesis
-
Dialektik ialah satu idea yang ditentang idea
lain, percampuran akibat pertelagahan akan menyebabkan sesuatu idea yang baru
itu lahir yang merupakan sintaksis antara kedua idea itu
Hegel dan ‘the state’
atau ‘pemerintah’
-
The state atau pemerintah mewakili idealisme
masyarakat, aspirasi dan cita-cita mereka. Ada unsur-unsur evolusi dan
progresif
-
Dalam pemikiran Hegel, terdapat unsur-unsur
evolusi
-
Segala-gala yang dilakukan manusia itu menghala
kepada idealistik negara
Hutang Karl Marx
kepada Hegel
-
Mengambil dialektik dengan formula tesis,
antitesis dan sintesis
-
Akan tetapi mengadaptasi nya kepada dimensi
ekonomi dan sejarah mengikut sudut ekonomi
-
‘menunggang terbalikkan teori Hegel’ (stood Hegelian
dialectic on its head)
Marx terbalikkan dialektik
idealisme Hegel
-
Idea-idea bukan wujud sendiri dan menentukan
sejarah (idealisme)
-
Sejarah, keadaan hidup, etos masyarakat yang
menentukan idea-idea atau kesedaran manusia
Idea-idea asas dalam
teori Marx
-
Dialectical materialisme (dialektik
materialisme)
-
Sejarah adalah perjalanan konflik kelas dalam
sistem ekonomi
-
Dalam kapitalisme antara kapitalis sebagai
pemodal dan pekerja (antara bourgeoisie dan proletariat)
-
Thesis, antithesis dan sintesis antara
kelas-kelas dalam sejarah
Akhir sejarah dan
konflik kelas
-
Sejarah akan berakhir dengan kemenangan
proletariat dan kemusnahan sistem kapitalisme
-
Masyarakat tampa kelas terjalin
-
Dictatorship of the proletariat (pemerintah
diktator kumpulan pekerja)
-
Bukan lagi pemodal yang memerintah, tetapi
pekerja yang akan memerintah
Apa itu kelas?
-
Kelas berdasarkan kedudukan atau peranan dalam
sistem ekonomi
-
Letak, kedudukan, peranan dalam ekonomi mencorakkan
‘perhubungan ekonomi’ atau ‘economic relation’
-
Maka ada pemilik modal (capitalist) dan pekerja
(proletariat), masing-masing dengan ‘kesedaran’ yang berbeza
-
Kedudukan kumpulan dalam sistem ekonomi,
melibatkan mereka dengan kumpulan lain dalam ekonomi, kedudukan itu melahirkan idea-idea
individu, dan itu dinamakan kesedaran konsensus
Kontradiksi dalam
sistem ekonomi
-
Unsur-unsur penindasan dalam sistem ekonomi
membawa kontradiksi dan konflik. Dalam feudalisme dan kontradiksi dan konflik
antara golongan feudal dan bourgeoisie, dan dalam sistem kapitalis antara
bourgeoisie dan proletarian.
-
Akhirnya sesuatu sistem itu menghancurkan
dirinya dari kontradiksi dalaman
Kritikan terhadap
pemikiran Marxisme
-
Marx itu tepat dan besar sumbangannya dalam historisisme
idea-idea dan kesedaran
-
Kewujudan menentukan kesedaran dan pemikiran.
-
Mark menolak idealisme
-
Juga menarik dalam pendapat mengenai peranan falsafah
-
Bukan untuk memahami sejarah, tapi untuk
mengubahnya
-
Struktur atau sistem ekonomi penentu penting,
jika Durham mengabaikannya, tetapi Marx betul akan nya
-
Setiap satu sosial, politik, agama berpengaruh
dan dapat dijadikan variable.
-
Weber telah menunjukkan pemikiran agama juga boleh
mempengaruhi ekonomi.
-
Marx itu silapnya kerana terlalu takjub terhadap
ekonomi
Apa itu ekonomi?
-
Kebanyakan variable ekonomi juga sebenarnya
sosial, politik dan sebagainya
Sejarah tidak mengikut dialectical materialism
-
Revolusi Russia dan revolusi China bergerak dari
feudalisme ke komunisme, melangkah kapitalisme
-
Revolusi komunisme berlaku bukan dalam sistem kapitalisme
-
Komunisme bangkit dari kapitalisme
Hanya dua kelas?
-
Sejarah menunjukkan pembahagian bukan cuma melibatkan
pemodal dan pekerja. Golongan menengah, pengurusan, pekerja mahir di
perantaraan mereka. Lihat perkembangan kapitalisme barat semasa, di USA dan Eropah
Barat.
Kebangkitan golongan
pengurusan
-
C.W. Mills, White Collar
-
Kelas makan gaji amat mewah dan kaya
-
Juga yang miskin pada paras bawah
-
Justeru, pembahagian kelas pemodal dan kelas
pekerja yang ditindas tidak lagi benar keseluruhannya
Teori masyarakat
tampa kelas
-
Teori ini menjadi asas ideologi komunisme
-
Tidak mungkin kerana tuntutan perindustrian
-
Komunisme juga ada kelas di bawah proletariat
(atau wakilnya)
-
Konsep masyarakat tampa kelas ini tidak mungkin,
misalnya dalam negara komunis sendiri, mereka membentuk kelas-kelas baru. Kerana
selagi ada golongan pemerintah dan yang lain bekerja, maka ia mewujudkan kelas
itu
Rumusan
-
Marxisme telah menjadi ideologi komunisme
-
Bezakan antara pemikiran Marxist dan komunis,
walaupun Karl Marx terlibat dalam kedua
-
Komunisme merupakan penyelesaian atau peleraian Marx
terhadap masalah masyarakat yang diterokanya