Ahad, 4 Disember 2011

POLITIK MELAYU


Erti Politik
-          Kuasa
-          Kuat kuasa
-          Politic is power and authority
-          Apa itu kuasa? – keupayaan untuk mempengaruhi/meyakinkan orang lain supaya boleh melakukan tindakan-tindakan seperti ‘kuat kuasa’
-          Apa yang perlu dilaksanakan selepas dipilih? – melaksanakan kuasa yang diberi, segala yang dijanjikan mesti dilaksanakan

Bagaimana Kuasa Diperoleh Dalam Politik Melayu Tradisi?
-          Tidak berlaku pengundian seperti zaman kini
-          Max Waber menyatakan:
1.       Secara tradisi
2.       Birokrasi
3.       Karisma
i.                    Secara Tradisi
-          Lelaki
-          Keturunan raja
-          Dalam sejarah Melayu, keturunan raja ialah dari keturunan raja yang besar, seperti Iskandar Zulkarnain atau Alexander The Great
-          waad, persetiaan antara kelompok raja dengan kelompok rakyat. Sang Si Perba dengan Demang Lebar Daun, magna carta. Untuk memperkukuhkan hubungan kekuasaan, muncul konsep ‘daulat’, wujud perkataan ‘Tuanku’, ‘Perajaan’ berlaku, kewujudan ‘regalia’ seperti nobat, tanjak, mohor, keris dan lain-lain
ii.                  Birokrasi
-          Legal  
iii.                Karisma
-          Boleh menarik minat orang. Bukan semua orang ada karisma. Hanya orang tertentu sahaja.

Ideologi Politik Melayu Tradisi
-          Kekuasaan mutlak raja, dan kesetiaan mutlak rakyat
-          Mengapa ketaatsetiaan mutlak?  
1.       kerana ada konsep keagamaan di situ
2.       raja merupakan bayangan tuhan
3.       raja merupakan wakil tuhan di muka bumi
4.       semasa hindu – raja itu dianggap dewa dari kayangan
5.       dalam tradisi hindu – chakravartin – raja yang menguasai alam
6.       dalam tradisi jawa, raja itu dianggap ‘pasak gunung’
-          ‘mandala’ dalam tradisi hindu – di mana letaknya istana raja? Istana raja diletakkan di pusat bumi
-          Istana kerajaan Melayu di atas bukit kerana menunjukkan kekuasaan
-          Istana merupakan ‘pusat dunia’
-          Jika istana dibina di kawasan bukan bukit/tanah tinggi, maka tidak nampak kebesaran raja itu
-          Nama sultan yang mempunyai lambang sebagai ketua agama
-          Sistem kerah – apabila sultan hendak turun ke kampung, orang kampung itu sendiri akan dikerah untuk menyambutnya. Apabila perang, yang mengepalai perang itu adalah raja.
-          Semua ahli antropologi mengatakan yang bermulanya titik tolak politik Melayu adalah kemasukan British yang mengurangkan kekuasaan raja

Bermulanya Titik Tolak Pemodenan Politik Melayu
-          Menurut semua sarjana, sejarawan dan ahli antropologi, kemasukan British yang merubah nya
-          Perjanjian Pengkor 1874 – mengurangkan kekuasaan raja – Cuma menguasai adat dan agama
-          British membawa masuk pendatang
-          British mencipta sistem pendidikan - sekolah
-          Kekuasaan raja ditukarkan kepada kekuasaan rakyat – demokrasi
-          pilihan raya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan